Posts

Showing posts with the label Review

iPhone 6 Review Simple review by Faiz Ibrahim

Image
iPhone 6 Review Simple review by Faiz Ibrahim 1.Peralihan dari android ke ios, boleh dikatakan satu nightmare buat saya. Dari pindahan phonebook hinggalah data, ios memang sangat leceh. 2.Apa yang saya boleh katakan untuk ios, STRICT. Saya tak boleh tukar ringtone (boleh tapi leceh gila), saya nak pindah file kena guna iTunes, tak boleh transfer file ke phone lain dengan mudah. 3.Yang paling kecewa adalah tiada integrasi antara apps. Contoh, saya edit gambar dan nak pindah ke Photo Grid, kalau android kita boleh terus share masuk apps lain, untuk ios kita kena save dulu. Buka Photo Grid, open balik gambar. Leceh. 4.Keyboard, memang suck. Saya dapat-dapat terus gantikan dengan Swiftkey. It’s much better although Swiftkey ios tak se’advance android. 5.Reason saya ambil iPhone 6 adalah sebab saya rasa 6 Plus so big dan 6 Plus umpama produk test. Mungkin tiada lagi golongan Plus pada masa hadapan. Saya ambil 6 but with larger storage. 6.Bagusnya iPhone 6, satu sebab size ...

Samsung Galaxy S6 First Impression by Faiz Ibrahim

Image
Samsung Galaxy S6 First Impression 1. Baru-baru ini Samsung telah launch new product, Samsung Galaxy S6 dan juga S6 Edge. Saya akan berikan pendapat mengenai S6. 2. Sebelum launch new phone, Samsung janjikan S6 will be different from Samsung phone sebelum ini dan ternyata Samsung kotakan janji itu selepas ramai yang hampa dengan S5 termasuklah saya. 3. Dari segi built quality, ianya memang unik bagi saya. Material yang digunakan ialah metal dan glass. Glass untuk skrin hadapan dan belakang. Metal adalah untuk frame phone. Akhirnya Samsung telah menuju ke arah yang consumer idamkan yakni sebuah device yang nampak Premium. 4. Apa yang uniknya lagi, Samsung telah reduce hampir 30% bloatware di phone dan menjanjikan this phone will be more smooth from any phone from Samsung before this. Bila tengok review, memang nampak smooth dan pantas. 5. Dari segi charging, this phone support wireless charging. Maksudnya korang boleh charging tanpa menggunakan wayer. At last, my fav...

Samsung Galaxy Note 4 Review by Faiz Ibrahim

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk buat review mengenai Samsung Galaxy Note 4. Apa yang saya boleh katakan, review ini adalah berdasarkan daripada pengalaman saya menggunakan smartphone ini dan saya bukanlah pejuang mana-mana brand. Saya seorang yang gemarkan teknologi dan saya cuba berikan review ini semudah yang mungkin, insyallah. Saya faham, tidak ramai orang suka review yang terlampau dalam dan menggunakan bahasa GEEK yang sukar difaham. Dan apa yang saya tulis disin adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakannya. Jadi ianya adalah berdasarkan pendapat peribadi saya sebagai seorang pengguna. Saya cuba lakukan review ini sesempoi dan semudah yang mungkin bagi memudahkan semua. Packaging Seperti biasa, packaging untuk Samsung adalah lebih kurang sama dan tidaklah begitu boleh dibanggakan sangat. Pada saya ianya simple dan tidak gah seperti beberapa handphone yang saya pernah cuba sebelum ini seperti Oppo Fi...

IPhone 6 Review by Faiz Ibrahim

Image
iPhone 6 Berdasarkan review saya. 1. Design language yang berbeza. Ya saya tahu. Ramai cakap the new design buruk. Melengkung dan lain-lain. But untuk suka satu design tu kita harus pakai dan rasa plus ianya perlukan masa. Pada saya 6 bawa satu design yang unik dan satu nafas baru untuk iPhone. Saya suka design baru ni. Nampak fresh dan tak stick dengan design yang lebih kurang sama. 2. 6 adalah antara list phone yang nipis but with a good built quality. Some kata 6 ni licin dan mudah jatuh. Tapi jangan risau, saya tahu rata-rata kita akan beli casing. So no problem. 3. Skrin untuk 6 is 4.7 inci. Saya bersyukur untuk ini. 5s only 4.3. Small. Asian. 4. Hardware processing power ni saya malas nak cerita dalam sebab orang tak suka benda geek gini. Kesimpulannya, it’s much faster and smooth. Graphic pun lagi sangat cun. 5. Camera. Orang kata yang 6 ni dia tersembul sikit. Maksudnya bila kita letak pada flat surface, dia akan kena camera dulu. Orang takut calar. Bu...

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulillah hari ini baru saya berkesempatan untuk buat satu video review mengenai Action Cam ala-ala Go Pro. Bagi yang tak tahu apa itu Go Pro, korang boleh terus ke link dibawah bagi tahu dengan lebih lanjut mengenai kelebihan Go Pro dan kenapa orang sekarang gila-gila bebeno pakai/beli Go Pro. Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya Ini Review saya mengenai RD-990 Secara mudahnyah, RD-990 adalah lebih kurang macam GoPro tetapi ada sedikit minor kekurangan. Dan apa yang menariknya, harga jualnya sangat murah iaitu only RM499 berbanding dengan GoPro 3+ Black Edition yang harga jual standardnya berharga RM1599 ataupun RM1499. Dan orang ada juga kaitkan dengan model SJ4000. Model RD-990 lagi better (pada pendapat saya) dari ada ciri-ciri yang lagi best. Bagi yanng tak tahu, RD990 mempunyai ciri-ciri yang sama seperti GoPro dan ada juga built in wifi. Jadi korang sem...

Oppo Find 7A Review by Faiz Ibrahim

Image
 Assalamualaikum, alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk review lagi satu produk telefon bimbit yang bernama Oppo. Rata-rata bila saya cakap pasal Oppo, mereka akan kata Oppo itu adalah company china cikai dan tidak menghasilkan barangan berkualiti. Nope, mereka salah. Oppo mula ditubuhkan sejak tahun 2004 lagi dan mereka menghasilkan premium item seperti salah satunya ialah blurray player yang harganya amat premium di pasaran US dan satu dunia. Panjang lagi kisah Oppo tapi biar saya pendekkan disini, setelah review lama saya, saya dapati Oppo bukanlah brand cap ayam seperti yang mereka kata selama ini. Pada mulanya sebelum saya membeli handphone Oppo Find 7A, saya memang bercadang untuk membeli handphone sebagai handphone kedua saya. Saya mahukan handphone yang ada ciri-ciri flagship phone but with affordable price. saya hanpir ingin terbeli HTC One M8, iPhone 5S, Samsung S5 dan juga Xperia Z2. Rata-rata harga device ini adalah RM2300 hinggalah RM2400. Oppo Find 7...

One Plus One

Image
Nak share dunia teknologi. Sekurangnya kita tahu sedikit. Yang tak minat boleh buat dunno. Satu company handphone baru telah lahir. Namanya One Plus, dan harineh baru je dorang release new phone dorg, One plus One. Bagi yang taktahu, Company ni dari China dan ada bau-bau bacang dengan pengeluar handphone china, OPPO. Apa yang saya suka adalah dari segi marketing. Konsep mereka “Never Settle”, dan dorg kata mereka buat handphone asasnya daripada apa yang pelanggan mahu. One Plus One Spec : 5,5 Inci with Good IPS Screen (1080p) (Gorilla Glass 3) Guna 2.5GHZ Snapdragon 801 (Latest Chip) 3GB Ram Support 4G Connectivity 3100mAh Battery Touch On Technology (Hidupkan Handphone tanpa button) 13mp Sony G2 Sensor No Company Logo dihadapan screen No Physical Button Guna Cyanogenmod (Pure Android Experience) Cyanogenmod ialah clean android maksudnya tiada bloatware yang lag’kan phone. lebih kurang seperti Nexus Phone. Dia guna Sony punya camera jadi quality me...

HTC One M8 Simple Review

Image
Semalam, HTC telah lancarkan satu produk baru, Flagship terbarunya iaitu HTC One M8. Gigih saya tengok live streaming event di internet. Specs: 5-inch 1080p HD display Qualcomm Snapdragon 801 processor 2GB of RAM 32GB of internal storage w/ microSD slot up to 64GB HTC UltraPixel Duo Camera 5.0MP front camera 2,600mAh battery (21 hours talk time) Stereo BoomSound speakers GPS, WiFi ac, NFC, IR Blaster 146.3 x 70.6 x 9.35mm, 160g Android 4.4.2 with HTC Sense 6.0 HTC antara handphone premium Android. Jika anda mahukan kualiti built in yang premium, HTC jawapannya. Memang nampak solid, expensive. Material body semuanya adalah daripada aluminium. Apa yang korang perlu tahu. HTC adalah syarikat yang sudah lama bertapak. Kualiti handphone adalah sangat baik dan well made. Agak kelakar bila orang tidak kenal HTC. Mungkin mereka kurang marketing seperti Samsung. HTC buat different approach. Dari segi camera, dia gunakan 4mp sahaja untuk camera belakang. Tapi jangan silap, merek...

Samsung Galaxy S5

Image
Galaxy S5 dah release. Pandangan jujur saya : Design : Nampak tidak begitu yakinkan. Tapi mungkin di gambar dengan bila pegang lain rasa. yang penting selesa bila pegang. Saya jenis macamtu. Specification: Tidak berapa banyak beza dengan Note 3. Ram masih 2GB. Special : Samsung letak banyak new feature. - fingerscan - camera 16mp dengan ada mode baru - kalis air dan debu - bateri updgrade ke 2800mAh with some power saving - boleh scan heartbeat jantung di scanner belakang - Processor semua lebih kurang je dengan note 3 Entahlah. Rasa macam biasa-biasa sahaja. Tunggu nanti kalau ada orang belanja, saya akan buat review handphone ni. Nokia pun da keluarkan hp nokia berasaskan nokia, saya macam tertarik sebab nokia memang high built quality. Sony pun ada release new xperia Z2 dan juga tablet Z2. Quite good juga. nampak menarik. iPhone pun ada keluarkan handphone baru, i Phone taktahu nama dia. Kalau tak ketawa, mungkin sebab masih mamai di waktu pagi. Ngeh ngeh ngeh ...

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Image
 Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah atas permintaan yang sangat tinggi akhirnya saya buat juga review untuk Go Pro yang saya beli ini. Alhamdulillah saya dah pakai hampir 3 bulan macamtu dan ini adalah review daripada saya sebagai seorang pengguna amature yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai Go Pro. Saya akan gunakan term yang mudah bagi memudahkan anda hadam segala apa yang saya cuba sampaikan. Apakah itu Go Pro? Camera Go Pro adalah sebuah action cam. Action cam adalah camera yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak seperti menyelam, mendaki gunung dan pelbagai lagi. Action Cam adalah dikhususkan untuk pengguna yang mahu rakamkan aktiviti-aktiviti lasak mereka seperti terjun dari kapal terbang dan aktiviti lasak seumpamanya. Eh Faiz, macam ulang ayat yang hampir sama je? Hahaha Kenapa harus pilih Go Pro ? Seperti yang anda tahu, saya memang jenis suka baca review banyak-banyak sebelum membeli sesuatu produk. Kerana saya amat cer...