Posts

Showing posts from February, 2015

Kingsman : The Secret Service review by Faiz Ibrahim

Image
Kingsman : The Secret Service review by Faiz Ibrahim 1. So far inilah movie yang paling seronok saya tonton untuk tahun 2015. Mulanya saya pelik kenapa pihak wayang banyak lebihkan filem kureng seperti Jupiter Ascending kerana waktu tayangan Kingsman hanya 2x sahaja sehari. 2. Mungkin kerana movie ini adalah untuk 18 tahun ke atas, atas sebab keganasan dan beberapa scene dan percakapan yang tidak sesuai ditonton budak kecik. Jadi jangan mengada nak tengok dengan adik atau mak ayah. 3. Apa yang saya boleh katakan tentang Kingsman adalah cerita ini tersangat unik dan worth it. Plus, cerita ini penuh dengan aksi yang cool dan yang lagi best, lucu. 4. Jalan cerita pula tidak terlalu berat dan mudah faham. Tiada unsur pemikiran kritis yang melampau serta apa yang dia tunjukkan korang akan terus dapat tangkap dengan mudah. 5. Jalan cerita juga sangat tidak membosankan. Sentiasa ada elemen baru dan surprised yang buat korang rasa macam Ehhh kenapaaaa jadi macam ni atau Ya Allah, ganas g

Jupiter Ascending Review

Image
Jupiter Ascending Review by Faiz Ibrahim 1. Semalam baru tonton Jupiter Ascending (JA), dan hasilnya amat mengejutkan saya. 2. Kita bermula dari babak aksi, filem ini memang padat dengan aksi, cuma aksi yang dipaparkan terlampau laju sehingga kau rasa macam pening lalat bila tengok. Dahlah laju, lama pulak tu aksi dia. Mata kau akan ke kanan ke kiri dan akhirnya pening sendiri. 3. Jalan cerita pada saya agak “meh” dan saya tak rasa ianya macam logik. Ya, filem memang sepatutnya diluar kotak pemikiran manusia, cuma jalan cerita JA ini saya tak boleh hadam. Seolah bila dah habis tu saya rasa macam Hek Eleh. 4. Dari segi costume, tempat, memang saya patut puji. Memang unik dan memang nampak cool. Seolah kau memang berada disatu planet lain. 5. Ending pula memang agak tak memuaskan bagi saya. Seperti tiada penamat yang sebetulnya dan seperti cerita tergantung. Seolah selepas dah lalui macam-macam hal, semuanya kembali kepada keadaan asal dan tiada perubahan pada diri

Perlukah sebuah Tablet?

Image
Perlukah sebuah tablet? 1. Sebelum masuk ke dunia Android/iOS, saya pilih sebuah tablet Samsung sebagai permulaan. Dengan harapan tablet boleh 2 in 1. Boleh jadi phone, boleh jadi tablet sebab that time tablet saya boleh call. 2. After beberapa lama gunakannya, saya mula menyesal. Tablet agak besar dan end up letak di rumah sahaja. 3. Saya cuba install whatsapp semua, pun susah. Untuk Facebook, nak reply komen agak leceh (size besar, jari ketot), tapi kalau sekadar scroll news feed, memang syok. 4. After that saya beli first Android phone, daripada Sony Xperia, memang dah tak guna langsung dah tablet tu. 5. Reason tablet tak digunakan sangat sebab size besar, camera teruk, banyak apps yang tak compatible untuk size skrin tablet. 6. Sebabkan tak makan saman, saya beli tablet kedua. Microsoft Surface. Saya memang beli tablet ini untuk media consume (tengok video) sebab Surface ada usb port. Senang cucuk pendrive. Cuma apps pulak kurang. 7. And then saya beli iPad. Untuk kerja. Unt