Samsung Galaxy S6 First Impression by Faiz Ibrahim

Samsung Galaxy S6
First Impression

1. Baru-baru ini Samsung telah launch new product, Samsung Galaxy S6 dan juga S6 Edge. Saya akan berikan pendapat mengenai S6.

2. Sebelum launch new phone, Samsung janjikan S6 will be different from Samsung phone sebelum ini dan ternyata Samsung kotakan janji itu selepas ramai yang hampa dengan S5 termasuklah saya.

3. Dari segi built quality, ianya memang unik bagi saya. Material yang digunakan ialah metal dan glass. Glass untuk skrin hadapan dan belakang. Metal adalah untuk frame phone. Akhirnya Samsung telah menuju ke arah yang consumer idamkan yakni sebuah device yang nampak Premium.

4. Apa yang uniknya lagi, Samsung telah reduce hampir 30% bloatware di phone dan menjanjikan this phone will be more smooth from any phone from Samsung before this. Bila tengok review, memang nampak smooth dan pantas.

5. Dari segi charging, this phone support wireless charging. Maksudnya korang boleh charging tanpa menggunakan wayer. At last, my favorite feature.

6. Dari segi downside pula, phone ini tiada memory slot. Tapi ianya dijual dengan versi 32gb, 64gb dan juga 128gb. Samsung yakinkan consumer yang memory ini cukup untuk sebuah phone. Maybe I should listen to them. Dan bateri belakang juga tidak boleh remove. Itu adalah harga yang perlu bayar untuk wireless charging.

7. Untuk fingerprint scanner, S6 sudah diperbaharui. No more slide. Dan kini lebih seperti Touch ID iPhone. Responsiveness orang kata setanding Touch ID.

8. Untuk design bawah phone, memang menyerupai iPhone 6. Kebetulan atau sengaja itu tidak pasti. Mungkin juga marketing strategi.

9. Camera S6 juga diperbaharui. Masih 16mp back, 5mp depan tetapi diperbaharui dengan f1.9 untuk gambar lebih cantik ketika low light. Tengok sample memang good.

10. Orang tanya pendapat saya, pada saya phone ini akan lonjakkan semula Samsung. Kerana S6 adalah seperti kelahiran semula Samsung dan jujurnya saya suka pembaharuan ni.

Boleh beri pendapat dibawah jika ada.

Comments

Anonymous said…
please buat review pasal gopro hero 4. thanks.
Anonymous said…
please buat review pasal gopro hero 4. thanks.

Popular posts from this blog

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim