Posts

Showing posts from January, 2014

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Image
 Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah atas permintaan yang sangat tinggi akhirnya saya buat juga review untuk Go Pro yang saya beli ini. Alhamdulillah saya dah pakai hampir 3 bulan macamtu dan ini adalah review daripada saya sebagai seorang pengguna amature yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai Go Pro. Saya akan gunakan term yang mudah bagi memudahkan anda hadam segala apa yang saya cuba sampaikan. Apakah itu Go Pro? Camera Go Pro adalah sebuah action cam. Action cam adalah camera yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak seperti menyelam, mendaki gunung dan pelbagai lagi. Action Cam adalah dikhususkan untuk pengguna yang mahu rakamkan aktiviti-aktiviti lasak mereka seperti terjun dari kapal terbang dan aktiviti lasak seumpamanya. Eh Faiz, macam ulang ayat yang hampir sama je? Hahaha Kenapa harus pilih Go Pro ? Seperti yang anda tahu, saya memang jenis suka baca review banyak-banyak sebelum membeli sesuatu produk. Kerana saya amat cerewet