Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.



 Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah atas permintaan yang sangat tinggi akhirnya saya buat juga review untuk Go Pro yang saya beli ini. Alhamdulillah saya dah pakai hampir 3 bulan macamtu dan ini adalah review daripada saya sebagai seorang pengguna amature yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai Go Pro. Saya akan gunakan term yang mudah bagi memudahkan anda hadam segala apa yang saya cuba sampaikan.

Apakah itu Go Pro?

Camera Go Pro adalah sebuah action cam. Action cam adalah camera yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak seperti menyelam, mendaki gunung dan pelbagai lagi. Action Cam adalah dikhususkan untuk pengguna yang mahu rakamkan aktiviti-aktiviti lasak mereka seperti terjun dari kapal terbang dan aktiviti lasak seumpamanya. Eh Faiz, macam ulang ayat yang hampir sama je? Hahaha


Kenapa harus pilih Go Pro ?

Seperti yang anda tahu, saya memang jenis suka baca review banyak-banyak sebelum membeli sesuatu produk. Kerana saya amat cerewet dari sudut pemilihan gajet. Pada saya, gajet itu teman kita dan kita haruslah pilih teman yang terbaik dan bersesuaian dengan kita. Ada banyak jenis Action Cam didunia seperti Sony Action Cam, Drift Hd Ghost, Contour, Adixxon dan pelbagai lagi. Tapi setelah berbulan membuat penilaian di internet dan menonton video, akhirnya saya memilih Go Pro sebagai camera action cam saya.

Kenapa saya memilih Go Pro ?

1. Setelah membuat video perbandingan, Go Pro antara camera yang paling tahan lasak dan dapat merakamkan aktiviti lasak dengan kurang gegar. Video Stabilization pada Go Pro sangat bagus dan amatlah dipuji kerana kalau tangan shake teruk pun camera akan still nampak macam tak goyang langsung.

2. Pengendalian yang mudah. Fungsi yang diletakkan pada Go Pro amatlah mudah tetapi jika yang tidak mahir, mungkin nampak susah. Korang kena belajar function setiap butang. Saya ambil masa sehari untuk mahirkan kesemua penggunaan button serta cara membuka dan memasang accesories Go Pro.

3. Sebut pasal accesories. Go Pro antara camera action cam yang terkenal di serata dunia dan memang tidak dapat dinafikan, aksesori untuk Go Pro memang sangat banyak tidak kiralah daripada Go Pro itu sendiri ataupun daripada pengeluar lain seperti Go Pole atau syarikat-syarikat OEM. Senang cerita, OEM ni kira company yang buat barang seakan sama dengan yang original.

4. Size. Go Pro ini sangat kecil. Anda boleh lihat perbandingan size antara Go Pro dengan Minyak Kapak. Kenapa minyak kapak? entahlah. Tanda penghargaan kerana minyak kapak dah banyak kali tolong hilangkan sakit pening kepala saya. heh. Go Pro senang dibawa kerana sizenya yang kecil.


Camera Go Pro apa yang perlu saya Pilih?

Bagi yang tidak tahu, Go Pro ada banyak jenis dipasaran. Go Pro ada White Edition, Silver Edition dan yang paling superb ialah Black Edition. Anda boleh rujuk perbandingan model di offical website Go Pro sendiri iaitu di 


Jika ditanya saya, saya jenis yang suka ambil paling latest. Sesuatu produk yang latest usually akan bertahan dipasaran 2 atau 3 tahun untuk dapat update, aksesori support dan sebagainya. Kerana itulah saya ambil yang paling latest. Buat masa ini yang paling latest adalah Go Pro 3+ Black Edition. Pastikan beli yang 3+ kerana ada model Go Pro yang 3 sahaja dan ianya tidak sebagus 3+ .

Apakah Kelebihan Go Pro 3+ Black Edition berbanding Go Pro edisi yang lain?

1. Go Pro yang paling baru ini support resolution sehingga 4K. Tahukah apa itu 4K ? Bukan Datuk K. Kira Resolution untuk video yang direcord adalah amat besar. Resolution yang besar memudahkan untuk anda crop video anda dan sebagainya.

2. Bateri lebih tahan lama. Mengikut pengalaman saya, baterinya tahan around 2 jam lebih macamtu. Untuk model biasa, around 1 jam lebih macamtu. Ini anggaran sahaja kerana saya pun selalu jenis record sekejap-sekejap untuk memudahkan saya edit video saya.

3. Superview. Bagi yang taktahu, cameranya lebih luas. Contoh. Kalau ada ali, abu, atan minah. Camera yang ada wide angle ini akan dapat muatkan semua sekali dalam satu video. Kalau yang tiada superview, mungkin akan nampak dari ali sampai atan je. Minah tak nampak. Sorry Minah, you too fat. hahaha.
Lihat Video dibawah jika anda kurang jelas



4. Warna ketika kurang pencahayaan (low light) lebih bagus dari versi yang sebelumnya. Contohnya macam kalau korang pergi tempat gelap, tadelah video'nya gelap memanjang. Still nampak detailnya.

Hasil hak cipta daripada Instagram Faiz Ibrahim : @thefaizibrahim
Kawasan gelap dan guna filter instagram

5. 12mp. Keluaran yang sebelum ini lebih kurang megapixel dan yang 3+ ini gambarnya lebih sharp dan cantik. Tapi bagi yang tidak tahu, kualitinya tidaklah boleh kalahkan DSLR dan sebagainya. Ini action cam, bukan DSLR. kalau nak clear dan sangat Sharp, bolehlah ambil DSLR. tapi kalau setakat untuk upload Instagram, Facebook dan normal editing, boleh sangat dah.

 Tanpa diedit. Size gambar 12mp around 2.5mb macamtu.
Ini bukan saya. Ini pasangan bercinta study di Mcd.
Tengah bercinta semuanya indah. hahahaha

Aksesori Go Pro

Bagi yang tidak tahu, Go Pro ada keluarkan produk aksesorinya sendiri dan harganya sangat mahal juga. Sebagai contoh, monopod untuk Go Pro sahaja sudah RM190++ macamtu untuk pasaran Malaysia. Ada juga company official yang keluarkan barangan Go Pro seperti company Go Pole dan harganya murah sedikit tapi still mahal. Saya lebih suka ambil aksesori versi OEM (kira macam klon) kerana pada saya kalau setakat aksesori mount, tak salah pakai OEM. Tapi untuk casing underwater, diwajibkan pakai ORIGINAL dan jangan risau jika beli Go Pro memang sudah diberikan secara percuma.


Go Pro dengan casing kalis air

Apa yang korang akan dapat jika beli Go Pro  Hero 3+ Black Edition ?

Seingat saya, korang akan dapat

- Water casing
- Mount kecil-kecil tu
- Sticker
- Original Go Pro Battery
- Wireless Remote Control
- Manual
- Nombor Telefon Faiz Ibrahim

Apa yang Anda boleh lakukan dengan Go Pro ini?

1. Korang boleh record video dengan kurangnya gegaran. Memang sangat stylo dan rasa macam Professional video making walaupun Gajet tidak sampai 2K pun.

2. Korang boleh buat Slow Motion dan Fast Motion dengan Go Pro ni sebab Go Pro ni ada High Frame Rate. Sebagai contoh, korang boleh Bola dekat muka kawan korang. Dan korang boleh slowkan video tu sehingga korang akan nampak kawan korang kena bola tu perlahan-perlahan. Slow Motion. Tak faham tengok video dibawah. Kebiasaanya kalau video low frame rate bila kita slow atau fast forwardkan, video itu akan lag dan hasilnya teruk.


Ini pula Fast Motion. Video ini saya rekod hampir 30minit atau 40minit tapi saya cepatkan ia kepada hanya 15 saat. dan hasilnya memang awesome. lagi best kalau korang record matahari terbenam dan lain.


Hasil hak cipta daripada Instagram Faiz Ibrahim : @thefaizibrahim

3. Buat video harian. Korang boleh rakamkan aktiviti harian korang dengan gunakan Chest Mount (Pelekat camera di dada) atau Head Mount (Letak camera dekat helmet) . ianya konsepkan POV (Point Of View) iaitu serperti anda dapat lihat daripada mata anda. Boleh lihat video dibawah.



4. Korang juga boleh ambil gambar dan video hanya dengan menggunakan apps pada handphone anda atau guna wireless remote. Cool Aihh.

Dimanakah nak beli ?

Saya memang suggsetkan korang beli dekat kedai camera yang berdekatan tapi tak banyak kedai camera ada model yang latest ni iaitu model Go Pro Hero 3+ Black Edition ni. Saya beli di Facebook Lomocrewz . Antara seller yang boleh dipercayai. Saya belanjakan around RM1800++ lebih rasanya. Tapi itu termasuk monopod (RM80+), Extra Battery (Lupa), Mount Clip (RM30+). Dan dia siap bagi memory card 16GB Class 10. Saya cadangkan anda pakai memory card 16GB Class 10. Jangan ambil class 4 atau 6 dan sebagainya. Nanti video jadi tak syok dan boleh error. Dicadangkan juga anda beli dua memory card 16GB + 16GB instead terus beli 32GB. Kerana 32GB memory card mudah corrupt dan crash untuk penggunaan video size besar yang lama.

Kalau nak senang terus cakap, "Saya nak seperti yang Faiz Ibrahim beli. nanti pandailah dia tu. Saya mula-mula risau juga tapi Lomocrewz ni yakinkan saya dan alhamdulillah barangan saya selamat sampai dan saya berpuas hati. Nak beli monopod dan segala aksesori yang lain pun semua dia ada. Setakat yang saya beli memang dia berikan servis yang terbaik dan mamat ni pun memang femes sejak dari dulu lagi untuk jual camera. Boleh PM dia yea.

Antara hasil Video Faiz Ibrahim

Korang boleh lihat video percutian saya di Melaka ini.

On Ground Test, Zoo Melaka



Water test On Waterworld



Kenapa Anda Patut Beli Go Pro ?

1. Jika anda suka ambil video dan suka rakam sweet moment, Go Pro adalah pilihan wajibun anda

2. Berbaloi dengan harga yang anda bayar

3. Dan anda akan dapat buat semua yang berada diatas

Kenapa Anda Tidak Patut Beli Go Pro ?

1. Kalau anda jenis orang riak yang suka menunjuk, baik tak payah beli. Membazir. Ada apa pada nama. Puihh.

2. Go Pro agak tricky bagi pengguna yang tidak mahir. Anda mungkin rosakkan Go Pro anda.

3. Mengendalikan Go Pro kena banyak belajar tekniknya seperti supaya camera tidak gegar dan lain-lain. Jika anda memang jenis suka rakam seperti camera biasa, batalkan niat anda.

4. Anda akan nampak seperti orang weird ketika sedang rekod. Saya pegang monopod tu, orang macam "Eh apa benda mamat ni". Tapi bagi yang tahu dorang bisik macam "Wah, bro ni pakai Go Pro seh. Siap pakai 3+ lagi. Gila handsome mamat ni".

5. Rekod agak tricky dan anda perlukan kemahiran untuk edit video. Jika tidak mahir, video anda akan jadi seperti video biasa yang anda rekod menggunakan Iphone5s yang canggih tu dan lain-lain.

6. Harganya mungkin mahal bagi sesetengah pihak dan rasa tidak berbaloi

7. Kalau perempuan yang jenis suka holiday dan jalan, ini bukanlah camera yang terbaik buat anda. Kerana anda perlu pegang sepanjang masa. Biasalah ladiess, pergi bercuti ke sana ke mari. Mana sempat nak rekod. Kerja nak selfies je lepastu update gambar dekat instagram "Another Boring Day". Nanti terbiar macamtu je. Tapi kalau ada pasangan lelaki yang rajin, sila paksa di rekod.

8. Go Pro ini adakalanya dia akan hang kalau kita tekan merapu-rapu. Anda perlu pandai nak reset kembali seperti cabut bateri atau cara-cara lain. Kalau dia hang, akan nampak macam rosak walhal boleh reset semua guna certain-certain method.

9. Mak dan ayah korang akan kata, udah-udahlah tu dengan dunia. Baik hangpa derma masjid duit tu.

10. Anda akan mudah lupa diri jika terbawa-bawa dengan kemegahan Go Pro ini.

11. Anda akan taksub dan seterusnya gunakan duit PTPTN untuk beli natang ni.


Terima kasih kerana sudi membaca review sempoi daripada saya ini.
Boleh share kepada yang berminat dan selamat membuat keputusan yang bijak.



Comments

Anonymous said…
Salam.. Ada tau kat mana nak cari kedai yg jual GoPro ni kat JB x?
thanks untuk info....sedang dlm dilema nak pilih hero 3 of 3+..editing nice boleh boleh dgn bro..??
mrsshahrul said…
salam... bleh bandingkan antara aee magic cam dan go pro... mana paling bgus?? .. sbb sy tgk dr segi gmbr.. aee cam lg cantik
suka sgt review nie.... memang complete
Anonymous said…
Serius.kalakar!!
Good info n ayat buat ati tergeletek!
Anonymous said…
Tq for info. Sy perlukan pencerahan. Boleh kah sy rumuskan bhw wanita yg suka selfie(not bervideo) tidak berbaloi beli gopro? N that gopro is recommended for those yg tegar bervideo? TQ.
faiz ibrahim said…
@Anonymous :

Yup, kalau untuk just gambar, anda boleh guna monopod biasa dan gunakan dengan phone anda.

Ini more kepada yang sukakan aktiviti2 mencabar dan suka rakamkannya dengan video. :D
Aizat Azhar said…
https://vimeo.com/94642642
Aizat Azhar said…
https://vimeo.com/94642642

video
Iela Fazielah said…
thanks 4 review...akak paham sepenuhnyer.... akak share nnt kat blog akak ye....n u r cool beb!
Unknown said…
baru ku paham.. macam best.. tapi mcm takot xreti guna atau tak terguna.. huhuu..

www.ourlovebonding.com
Sumandak said…
macam tau tau je nak beli guna duit ptptn..hahaaa. tapi kamera gopro ne memang best. baru tengok gambar pun dah tertarik. skrg ne nak kumpul duit tuk beli natang neh..hahaa. btw, nice review! thank u for the explanation bro.
Anonymous said…
lawak ah review gopro yg ni..sy suka snorkeling, boleh beli ni..dpt rakam shark,turtle, ikan, coral...peh bestnye...tinggal kumpol duit je..k thanks for the review...
~ keary bakery~ said…
nak tanya..saya pakai gopro3+ kekadang hang pastuu lama gila nak elok balik walaupun dah cabut batt!!!tgh stress tahap cipanzi sbb bila nak pakai je hang!!!tolong!!!!!
@yU said…
info yang jelas. penulisan yang ringan dan kelakar. memang best :)

tq faiz!
Tahu tak dekat mana area kl ada jual gopro ??
Aimi said…
Tolong ajar cemana nak pakai gopro
Unknown said…
maaf, mau nanya.
Di atas dituliskan definisi dari action kamera. Referensi dari definisi itu dapet dari mana ya?
Unknown said…
maaf, saya mau bertanya.
Di atas dituliskan definisi dari action kamera. Referensi dari definisi tersebut diperoleh dari mana ya?
Terima kasih
Unknown said…
Maaf, saya mau bertanya.
Dari penjelasan di atas disebutkan definisi dari action kamera. Referensi resmi dari pernytaan itu dari mana ya?
Terima kasih
Anonymous said…
Salam nak tanya,masa beli dlu kotak gopro tu mmg da kne buka ke still mcm baru yg blm d buka???..sbb sy bli dgn lomocrew juga,tp da trbuka kotaknya,lion ckp klo under funsport mmg sume da kne buka utk check...
Anonymous said…
nice info bro..haha..now paling latest model ap bro??
Unknown said…
assalam. nk tanya gopro hero 3 ada function wifi tk ?
Unknown said…
assalam. nk tanya gopro hero 3 ad function wifi tk

Popular posts from this blog

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim