Monday, October 13, 2014

IPhone 6 Review by Faiz Ibrahim

iPhone 6

Berdasarkan review saya.

1. Design language yang berbeza. Ya saya tahu. Ramai cakap the new design buruk. Melengkung dan lain-lain. But untuk suka satu design tu kita harus pakai dan rasa plus ianya perlukan masa. Pada saya 6 bawa satu design yang unik dan satu nafas baru untuk iPhone. Saya suka design baru ni. Nampak fresh dan tak stick dengan design yang lebih kurang sama.

2. 6 adalah antara list phone yang nipis but with a good built quality. Some kata 6 ni licin dan mudah jatuh. Tapi jangan risau, saya tahu rata-rata kita akan beli casing. So no problem.

3. Skrin untuk 6 is 4.7 inci. Saya bersyukur untuk ini. 5s only 4.3. Small. Asian.

4. Hardware processing power ni saya malas nak cerita dalam sebab orang tak suka benda geek gini. Kesimpulannya, it’s much faster and smooth. Graphic pun lagi sangat cun.

5. Camera. Orang kata yang 6 ni dia tersembul sikit. Maksudnya bila kita letak pada flat surface, dia akan kena camera dulu. Orang takut calar. But still, ini boleh diselesaikan dengan casing phone.

6. Camera 8MP. Orang complain tapi to me it’s okay je. Bukannya nak print macam board Fareeda pun.

7. Camera ada new teknologi. Apple letakkan focus pixel. Maksudnya fokus lebih pantas. Dan yeah, ada exposure setting. Bila kita fokus tempat gelap, dia akan cerahkan sikit gambar, bila gambar terang, dia akan gelapkan sikit. Ini antara favourite feature pada camera Find 7A. memang sangat useful, lagi-lagi photography. iPhone antara list phone with a good camera. There’s no doubt about it.

8. Video. Kalau saya beli iPhone inilah faktornya. Dia boleh record 1080p@60fps, 720p@240fps. Maksudnya mudah. Kalau 720p tu kita buat slow motion video, memang sangat-sangat cantik. Serius.

9. Apple dia tak fokus pada hardware besar. Dia just make phone for normal people use. Orang normal usually tak kisah 2.5GHz ke, snapgradon 805 ke ram 80GB ke ppi 551 ke. Yang dia nak tahu, bila dia guna phone ni, ianya selamat, smooth dan mudah.

Ramai orang komen guna hati, sebab itu hatinya sering sunyi.

2 comments:

Noor Mustaqim Bin Mohamed said...

baca juga diary musst :)

http://noormustaqimonly95.blogspot.com/2014/10/rindu-korang-300-6-usm-only-2014.html

Ryan iPhone said...

tetep saja lebih suka iPhone walaupun ada isu2 miringnya :D