Samsung Galaxy Note 4 Review by Faiz Ibrahim


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk buat review mengenai Samsung Galaxy Note 4. Apa yang saya boleh katakan, review ini adalah berdasarkan daripada pengalaman saya menggunakan smartphone ini dan saya bukanlah pejuang mana-mana brand. Saya seorang yang gemarkan teknologi dan saya cuba berikan review ini semudah yang mungkin, insyallah. Saya faham, tidak ramai orang suka review yang terlampau dalam dan menggunakan bahasa GEEK yang sukar difaham.

Dan apa yang saya tulis disin adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakannya. Jadi ianya adalah berdasarkan pendapat peribadi saya sebagai seorang pengguna. Saya cuba lakukan review ini sesempoi dan semudah yang mungkin bagi memudahkan semua.

Packaging


Seperti biasa, packaging untuk Samsung adalah lebih kurang sama dan tidaklah begitu boleh dibanggakan sangat. Pada saya ianya simple dan tidak gah seperti beberapa handphone yang saya pernah cuba sebelum ini seperti Oppo Find 7A.Ianya masih menggunakan material kotak yang sama dan menggunakan konsep simple dan mesra alam. Sama konsepnya seperti produk Apple.

Pada saya packaging tak penting sangat pun sebab most of the time kita akan impress bila kita first masa unboxing kotak je, after that kotak itu akan disimpan atau mungkin dibuang.

Build Quality

Ini apa yang saya suka, dan ini antara faktor utama saya upgrade daripada Note 3 kepada Note 4. Pembinaan pada Note 4 pada saya sangat-sangat Solid dan Kemas. Plus, ianya mula menggunakan material metal pada body'nya. Jika anda pernah pegang Galaxy Aplha, anda akan rasa konsep Premium yang sama di Note 4.

Dari segi berat, ianya kelihatan agak berat sedikit daripada Note 4 tapi berat yang menyakinkan. Saya suka berat pada Note 4, nampak seolah ianya menggunakan material yang sangat-sangat solid. Tambahan lagi, bila saya pegang Note 4 terasa saya sebagai seorang yang bekerja profesional. Note 3 menggunakan material plastik dan sebab itu ianya ringan. Dari segi keselesaan, ianya memang sangat-sangat selesa dan bila kita pegang, kita tak rasa ianya seperti smartphone plastik murahan dipasaran. Anda boleh cuba sendiri Samsung Note 4 di centre Samsung, insyallah anda akan rasa apa yang saya rasa. Back Cover untuk Note 4 masih menggunakan Plastik dan Samsung masih memberikan kita untuk remove battery. Mudah kalau phone ada hang or bateri phone kembung tanpa diduga.





Hardware & Performance

  Dari segi Hardware juga saya sebenarnya dalam dilema semasa dapat tahu berita ini. Saya dimaklumkan versi Note 4 yang didatangkan ke Malaysia adalah dalam versi Octa Core. Saya menunggu chip Quad Core daripada Snapdragon. Saya sebenarnya ada bad experience masa menggunakan Chip Octa Core ni masa guna Samsung Galaxy S4 dulu.


Alhamdulillah setelah buat review di internet, saya beranikan diri cuba Octa Core daripada Samsung. Review di internet memang menunjukkan Octa Core boleh perform dengan baik dan boleh jalankan task dengan lancar. Plus, menurut Benchmark, ianya lebih tinggi daripada Chip Snapdragon. Satu lagi improvement Samsung.

* Benchmark ialah sebagai penanda aras untuk lihat keupayaan Chip perform dalam mengendalikan segala task di smartphone. Dia bagi markah score untuk mudahkan kita bandingkan antara chip yang lain.

Usually saya tak percaya sangat pada Benchmark kerana Benchmark itu kadang-kadang kita boleh seleweng dan kadang-kadang bukannya tepat sangat pun. Menurut experience saya setakat ini, 3 kata yang boleh describe Note 4 saya ialah LAJU, SMOOTH dan PERFORM WELL. Saya boleh run segala bentuk apps tanpa ada sebarang masalah dengan slumber.

Saya tahu ramai pengeluar handphone (terutamanya dari China) kerap beri hardware gila-gila tinggi seperti Snapdragon 805, RAM 3GB dan lain-lain. Tapi selain hardware, mereka perlu tekankan juga pada bahagian software. Kerana kalau bahagian software teruk, hardware power macamana pun dia tetap takkan boleh perform dan akan still teruk. Untuk Note 4, saya nampak Samsung telah jalankan penyelidikan yang bagus dalam software'nya. Tidak perfect tapi tidak menghampakan.

Screen

 
 Dari segi size screen, Note 4 masih sama dengan Note 3 iaitu 5.7 inch. Bagi saya, phone antara 5.5 inci hingga 5.8 inci adalah terbaik. Kerana saya jenis suka size screen besar kerana ianya lebih puas untuk lihat apa-apa kandungan pada telefon. Bayangkan bayar mahal-mahal dapat handphone size screen kecik. Kalau bagi saya, ianya tidak berbaloi. Tapi ianya bergantung, ada juga rakan saya yang sukakan size phone yang kecil. Ianya bergantung kepada cita rasa anda.

Jadi apa yang istimewa pada bahagian screen? Sudah pasti, resolusinya. Untuk Note 4 size resolution pada adalah 1440 x 2560 pixels dan ianya dikira sebagai 2K Display. Untuk Note 3 ianya masih 1080 x 1920 pixels. Jadi penting ke resolusi besar-besar? Bagi saya penting. Contoh kalau kita connectkan phone 720p pada tv 1080p, ianya akan nampak pecah-pecah dan kurang sharp. Dan yang pentingnya, bila kita screenshot pada phone with 2K display, ianya lebih sharp dan gambar tidak kelihatan pecah. 1080p pun kualitinya sudah okay sebenarnya tapi 2K lebih detail dan lebih sharp.

Dan yang lagi best, ppi untuk screen Note 4 ialah 515 ppi pixel density. Ppi tu senang macamni, gambar yang dipaparkan pada skrin, lebih sharp, crispy dan sangat-sangat cantik. Ditmbah pula dengan screen AMOLED pada Samsung, result skrin yang dipaparkan memang sangat cantik. Untuk Note 3, ppi'nya ialah 386ppi. Kalau Note 3 dah cantik, insyallah korang akan lagi terpukau dengan Note 4. Believe me.

Camera


 Camera adalah antara main feature untuk Note 4. Dan selepas menggunakan Note 3, saya memang sudah jatuh cinta dengan camera pada flagship smartphone Samsung. Jadi apa yang menariknya? Sudah pasti tambahan Megapixel. Untuk Note 4, ianya adalah 16 Megapixel dan seperti yang saya nantikan, ianya turut disertakan OIS. OIS ialah Optical Image Stabilize. Penerangan mudahnya ialah ianya stabilkan camera anda semasa ambil gambar/video dan kurangkan gambar bergoyang dan lain-lain. Ianya memang sangat bagus kerana gambar yang dihasilkan memang ternyata sharp dan kurang shaky. Tak banyak telefon ada OIS, even Note 3 pun tiada OIS.




Ini adalah hasil penggunaan camera Note 4. Gambar yang dihasilkan memang sangat-sangat cantik. Bagi yang tidak tahu, antara elemen yang memainkan peranan dalam gambar yang cantik ialah Lens yang digunakan serta Image Processing daripada pengeluar smartphone. Gambar dibawah saya telah kecikkan untuk jimatkan ruangan upload serta memudahkan saya upload disini. Saya nak tunjuk kualiti gambarnya sahaja. Gambar dibawah tidak diedit langsung. Apa yang membanggakan kualiti low light (gambar pada waktu malam atau kawasan gelap) improve banyak daripada Note 3 dan kira one of the best juga dipasaran.

Gambar di bilik dan menggunakan cahaya lampu kalimantang

Gambar outdoor dan ketika suasana sedang mendung

Kawasan ini sebenarnya sangat-sangat gelap. Saya impress dengan hasilnya. Sangat superb.

 Gambar di Chatime pada waktu malam. 

 Gambar di dalam Giant (Scallop memang sedap)

 Gambar di dalam Giant (Fokus pada warna hijau)

 Gambar di Giant (Fokus pada Rumah Spongebob)

Video

Seperti yang saya katakan tadi, camera Note 4 mempunyai OIS. Dan dimanakah paling bergunanya OIS ni? Tentunya pada video recordingnya. Jika anda lihat pada video dibawah, OIS menjadikan video anda lebih kurang gegar dan peralihan kawasan pun nampak sangat smooth. Plus, fokus juga sangat pantas. Memang nampak sangat cantik resultnya.Video dibawah direkod dalam resolusi 1080p dan sila lihat dalam kualiti 1080p. Insyallah puas hati. Suara yang direkod pun clear.



Charger & Battery Life


 Charger adalah satu yang perlu saya highlight disini. Untuk Note 4, Samsung menggunakan kembali Usb Port 2.0 untuk charging. Dan syukur, wayer cable untuk Note 4 ni lebih panjang dan ianya mudahkan saya untuk charge telefon saya yang agak jauh daripada komputer saya. Untuk charger Note 4, ianya disertakan sekali dengan teknologi Adaptive Fast Charging (AFC). AFC ini dikatakan charge lebih pantas 30% jika dibandingkan dengan Note 3. Agak bagus juga dan menjimatkan masa kerana bila saya charge Note 4 dan Oppo Find 7A (Yang juga ada fast charging teknologi), waktu charging untuk Note 4 tidaklah ketinggalan teruk seperti ketika saya charge Note 3.


Dari segi Battery, Samsung cuma naikkan 20mAh sahaja daripada Note 3. Untuk bateri Note 4, ianya adalah 3220mAh dan Note 3 ialah 3200mAh. Pada saya battery life antara Note 4 dan Note 3 tidaklah ketara sangat bezanya dan Note 4 sudah pasti lebih tahan lama sedikit walaupun Note 4 menggunakan resolusi 2K. Sebenarnya, makin besar resolusi, makin ianya memakan battery. Tapi saya agak impress bagaimana Note 4 boleh kekalkan penggunaan masa yang lebih sikit daripada Note 3 walaupun ianya menggunakan 2K Display.


 Multitasking


 Note series memang terkenal dengan kehebatan Multitasking'ya dan bagi pengguna yang bekerja banyak dengan dunia maya, Note series memang patut menjadi pilihan saya. Terdapat banyak pembaharuan dari segi multitasking yang Samsung lakukan. Pada pendapat saya, dari segi Multitasking, Samsung memang boleh dikatakan top of the list di pasaran. Sebelum ini saya menggunakan Sony Xperia Phone dan produktiviti saya meningkat around 50% selepas menggunakan Note series. It's just senang apabila kita boleh buat certain things through phone, berbanding perlu gunakan komputer. Dan kerana sebab inilah saya terjebakkan diri ke dunia Note. Alhamdulillah, saya tidak pernah menyesal. 

Feature


 Samsung juga terkenal dengan feature yang macam-macam seperti Air View dan lain-lain. Dan Note 4 juga tidak ketinggalan plus ditambah dan diperbaharui. Antara feature yang perlu saya highlightkan adalah Finger Print Scanner, Heart Rate Sensor, S Pen. Kedua teknologi (Kecuali S-Pen) ini juga telah ada pada Galaxy S5 sebelum ini. Mengenai Finger Print Scanner, terus terang saya katakan ianya biasa-biasa sahaja. Jika nak dibandingkan dengan iPhone, ianya ketinggalan sedikit. Saya berharap Samsung improve lagi teknologi ini di future dimana ianya memudahkan dan tidak missed here and there.

 
Heart Rate Sensor pula ianya satu feature mengikut pepatah "Kalau tiada pun ianya tiada apa-apa masalah dan kalau ada pun ianya lebih bagus". Heart Rate Sensor mengukur denyutan jantung kita menerusi jari kita dan ianya antara feature bagus yang diletakkan di apps S Health'nya. Most of the time, saya boleh katakan saya tidaklah pengguna tegar S-Pen tapi dengan adanya S-Pen ianya lebih memudahkan kerja-kerja tertentu di phone saya. Seperti biasa, S-Pen juga dilengkapi dengan pelbagai feature baru. Korang boleh lihat dan belajar di Google dan lain-lain.


Samsung TouchWiz & Bloatware


Antaramuka (Interface) untuk Samsung juga telah berubah ke suatu konsep yang baru sejak Galaxy S5 dilancarkan lagi. The truth is, saya tiada masalah dengan interface terbaru Samsung. Ada yang mengatakan ianya terlampau "Cartoon" dan kebudakan. Mengikut citarasa saya, interface Samsung ini antara interface yang saya suka kerana penggunaan warna-warna cerah. Saya memang sukakan warna-warna cerah. Tahukah anda, penggunaan warna-warna lembut dan cerah memainkan peranan yang penting dalam mood gembira seharian kita? Dan warna-warna cerah ini membuatkan Note 4 saya nampak lebih kemas. Sebelum ini saya gunakan Sony, dan interfacenya agak "Dark" bagi saya dan i'm not okay with that. Seperti yang saya kata, ini mengikut citarasa saya. Setiap manusia mungkin ada citarasa yang berbeza.




Seperti biasa, Samsung masih meletakkan terlampau banyak apps yang kita mungkin tak gunakan seperti Galaxy Life, Watch On, Galaxy Apps, S Voice dan lain-lain. Kita tahu Samsung memang terkenal dengan bloatware

*Bloatware, mudahnya seperti apps-apps yang memberatkan phone dan kita tak gunakan pun sebenarnya.

Tapi jumlahnya dilihat kurang sikitlah berbanding dengan Note 3. Cara paling mudah (Without Root) saya ialah dengan disabled atau turn off applications tu. Alhamdulillah performance pun makin okay.


Conclusion

Jadi patutkah beli? Patutkah Upgrade daripada Note 3?
 Ini adalah antara reason kenapa korang patut tukar or tak patut tukar.

Reason Perlu Tukar ke Note 4
  1. Jika korang mahukan phone yang one of the top list di pasaran dan performance yang tidak menghampakan, Note 4 wajib jadi pilihan anda.

  2. Note 4, adalah satu perubahan besar bagi Samsung yang selama ini mempertahankan rekabentuk plastiknya. Perubahan kali ini Samsung menggunakan material metal dan ianya meningkatkan lagi keyakinan untuk membeli phone ini. Jujur saya katakan, memegang telefon ini memang rasa sangat seronok dan menampakkannya Premium. Goodbye Plastik.

  3.  Camera antara reason yang patut korang consider. Cameranya memang sangat-sangat terbaik dan video recordingnya juga sangat-sangat bagus bagi smartphone. Camera 16 Megapixel dicampur dengan Image Processing Samsung, memang menghasilkan image quality yang superb. Bila crop gambar pun, cantik je rasa.

  4. Multitasking. Kalau yang jenis bekerja 50% menggunakan telefon, Note 4 patut jadi pilihan. Insyallah produktiviti kalian akan meningkat.

  5. Bateri. Baterinya insyallah boleh tahan satu hari (normal use) dan separuh hari (heavy use). Plus, ada Ultra Saving Mode untuk bateri yang mana ianya boleh lagi menjimatkan phone.
  6. Basically orang akan nampak Note 4 lebih kurang macam Note 3. Tapi, jika mahukan satu phone siri Note dengan nafas yang baru, Note 4 patut jadi pilihan kalian.

  7. Screen, memang amazingly beautiful. Sharp, Crispy. Tengok gambar dan video pun sangat-sangat syok. Sumpah, me no lie.

  8. Bila kita dah masuk ke dunia Note, kita rasa susah nak pandang telefon lain. Percayalah, dulu saya kutuk Note besar gedabaklah, apalah, tapi bila dah pakai, terasa macam terkena sumpahan. Itulah, mulut laser sangat dulu. hahaha.

  9. Note 4 akan ramai pembeli sama seperti Galaxy Note 2 dan juga Note 3. Ramai pembeli maknanya ramai Developer buatkan custom ROM dan lain-lain plus support kalau ada masalah pun senang.

Antara yang saya tidak suka mengenai Note 4

  1. Ruangan speaker dialihkan ke belakang. Usually kalau kita letakkan phone diatas meja, kita akan tertutup speaker dan soundnya akan jadi macam perlahan. Dulu Note 3 punya posisi speaker is better, iaitu di bawah.

  2. Ruangan USB Port yang ditukar daripada 3.0 (Note 3) kepada 2.0 balik untuk Note 4. Actually ianya tak mainkan peranan pun dan bukan isu besar. Cuma contohnya mudah, orang dah bagi ayam perisa spicy yang sedap, tetapi dia bagi ayam goreng standard. Perasaan tu rasa lain sikit.

  3. Camera depan. Improve a lot daripada Note 3 tapi still saya rasa tak sepadan dengan Oppo Find 7A saya. Still kurang dan muka yang tak hensem still jadi tak hensem walaupun dah diambil dengan mode "Beauty". hahaha.

Kenapa Samsung Note dan Isunya

Saya tahu ramai antara kita selalu kondem Samsung. Keluarkan phone plastik lah, keluar phone banyak-banyaklah, Beratnya Touchwiz dan isu banyaknya bloatware. Jujurnya saya juga begitu dulu tapi bila dah cuba pakai Note, korang akan dapat bezakan phone Samsung ini lagi istimewa dan berbeza dengan phone-phone lain yang dihasilkan. Give it a shot. Beli phone untuk keperluan kita dan sesuai untuk kita, bukan ikut cakap-cakap orang. Kerana setiap pengguna itu perlunya pada telefon, berbeza-beza. Mereka suka phone brand tertentu, biarkan. Kita tidak boleh paksa orang. Tapi insyallah, Note 4 adalah pilihan smartphone terbaik buat masa sekarang.

Terima Kasih

Terima kasih kerana membaca. Jika tidak keberatan, anda boleh share review ini di media sosial seperti Facebook, Facebook page, Blog Twitter dan lain-lain jika anda rasa ianya berguna buat anda. Kerana semakin viral review ini, semakin saya dapat menarik pengeluar telefon, dan semakin saya dapat menarik minat mereka, semakin banyak saya dapat mencuba review unit dan makin banyak saya boleh hasilkan review-review untuk kalian semua. Saya sukakan teknologi dan saya suka berkongsi. Dan tak ramai sangat anak melayu ceburi bidang ini. Jadi do support kami-kami ini dan insyallah kita akan semakin membaik dikemudian hari atas sokongan semua. Segala usaha saya disini adalah untuk membantu kalian yang ingin beli phone dan rasa tidak menyesal semasa membelinya. Semoga review ini membantu dan Like plus Share jika suka. Hanya Allah yang boleh membalasnya.

Faiz Ibrahim
Instagram : thefaizibrahim
Facebook : Faiz Ibrahim
Twitter : thefaizibrahim

Comments

Luqman Zakaria said…
quite nice la..part yg paling suke...camera la..hehehe
hikaru said…
cool. saya kadang-kadang fobia juga nak guna samsung. tapi ni macam okey
Juls Julie80 said…
Assalam..akak pun pengguna samsung note 3..so far ok jer..mmg best..mihmihmih..
eryusa said…
as salam, mcmana dgn kualiti gmbr n video samsung note 4 dan oppo find 7?ada pbezaan x?yg mana lg ok?
Ras amcm nak trade in note 3 dptkn note 4. Anyone ada cdgn?
~Rohayat~ said…
Module OIS camera lens di Samsung Note 4 sebenarnya dari Sony (http://pocketnow.com/2014/10/17/samsung-galaxy-note-4-review)

And sy nak tahu macam mana battery life di versi Exynos Octa?

Sidenote: Saya memang minat dalam bidang teknologi ni. :)
Unknown said…
berapa harga pasaran untuk samsung note 4 ni sekarang ya ??
Anonymous said…
Nak tnye pndapat....antara note 4 dgn oppo find 7...yg mna lebih berbaloi utk dimiliki?...harga x mnjadi hal...
abejoe said…
Saya baru pakai 2 minggu note4... pernah guna note2 & s4 dulu last pakai xperia z1 n vivo y22..
Byk improvement dr samsung paling menonjol.
Unknown said…
As Salam & Tksh En Faiz coz sy boleh bljr bbrape function note 4 (sblum ni guna note tapi hilang.. frust!!) disini wpun tk berape faham cara multitasking & off application berfungsinya...
Anonymous said…
salam ..
minta pertolongan sikit.
saya peminat note ni.
note1 note2 dan note3 dah try semuanya.

saya peniaga online full time..
saya baru beli note 4

tapi note4 macam tak best lah pakai..

1 ) first masalah clipboard kat keybord samsung xdapat nak LOCK.
jadi menysahkan pula.

apabila customer tanya.
menyusahkan pula. kita perlu buka tab lain
copy dan paste balik kat sms/whatsapp/wechat

kalau pakai note 3 senang je.
clipboard KAT keyboard kita dapat LOCK msj2 yang penting.
apabila kita clear clipboard msj yang kita LOCK xkan hilang.

contoh customer sentiasa tanya .
– macam mana cara pembelian,
– barang sampai bila.
– dan lain2 lagi

kita boleh tekan kat clipboard yang kita dah LOCK ( SAVE).
masa dah jima. tak perlu nak buka 2 3 tab untuk copy paste.

——

masalah 2

kat contacts / tekan keypad

kita masukkan no phone customer
apabila kita klip nak sent msj.

ia akan keluar POPUP kita boleh pilih nak sent menggunakan

message / whatsapp / LINE

Tetapi note4 tak keluar lah.
ia akan terus pergi kepda message.

susah lah kalau customer menggunakan whatsapp.

——————–

Siapa boleh bantu saya selesaikan masalah ini.

1- Macam mana nak lock clipboard bagi note4

2- Kat contacts / tekan keypad
saya nak ia akan keluar POPUP kita boleh pilih nak sent menggunakan
message / whatsapp / LINE
Anonymous said…
salam ..
minta pertolongan sikit.
saya peminat note ni.
note1 note2 dan note3 dah try semuanya.

saya peniaga online full time..
saya baru beli note 4

tapi note4 macam tak best lah pakai..

1 ) first masalah clipboard kat keybord samsung xdapat nak LOCK.
jadi menysahkan pula.

apabila customer tanya.
menyusahkan pula. kita perlu buka tab lain
copy dan paste balik kat sms/whatsapp/wechat

kalau pakai note 3 senang je.
clipboard KAT keyboard kita dapat LOCK msj2 yang penting.
apabila kita clear clipboard msj yang kita LOCK xkan hilang.

contoh customer sentiasa tanya .
– macam mana cara pembelian,
– barang sampai bila.
– dan lain2 lagi

kita boleh tekan kat clipboard yang kita dah LOCK ( SAVE).
masa dah jima. tak perlu nak buka 2 3 tab untuk copy paste.

——

masalah 2

kat contacts / tekan keypad

kita masukkan no phone customer
apabila kita klip nak sent msj.

ia akan keluar POPUP kita boleh pilih nak sent menggunakan

message / whatsapp / LINE

Tetapi note4 tak keluar lah.
ia akan terus pergi kepda message.

susah lah kalau customer menggunakan whatsapp.

——————–

Siapa boleh bantu saya selesaikan masalah ini.

1- Macam mana nak lock clipboard bagi note4

2- Kat contacts / tekan keypad
saya nak ia akan keluar POPUP kita boleh pilih nak sent menggunakan
message / whatsapp / LINE
Unknown said…
Note 4 sy bru pakai 2 bulan tp setting dh stopped
Asli said…
How about note 5?
ad_dimasyqi said…
HP Note ni pada saya adalah untuk orang yang nak salin maklumat dengan mudah dan cepat. Saya sudah setahun lebih pakai Note 3 dan rasa puas hati secara umumnya. Banyak perancangan saya lakarkan dalam memo atau S Note.

Baru2 ni saya bertukar kepada Note 4 walaupun dalam pasaran dah ada Note 5. Sebab GPS dalam Note 3 saya dah rosak (mungkin sebab kerap jatuh dan bergegar). Segala nota2 saya yang lama, saya simpan dalam Evernote dalam bentuk Picture atau PDF.

Kesimpulannya, siapa yang selalu fungsikan HPnya sebagai alat komunikasi, chatting, bergambar, insta dan seupamanya, elok kekal pakai smartphone biasa yang bukan note. Jangan beli note nanti menyesal seperti yang kawan2 saya alami..

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim