Cinderella Review by Faiz Ibrahim

Cinderella Review
By Faiz Ibrahim

1. Hai, saya Faiz.

2. Mengenai Cinderella, jalan ceritanya sama seperti apa yang kita tahu. Kronologinya sama. Tiada sebarang penambahan cerita, director ikut sebijik-bijik seperti kisah dongeng dulu.

3. Cerita ini mungkin bertujuan untuk refresh balik kenangan kita yang dulunya suka dengan fairy tale tapi pengarah membawa Cinderella ini ke versi dewasa dimana kita yang sudah membesar ini masih boleh“feel” cerita ini dan masih anggap ianya releven untuk ditonton walaupun kita sudah menghampiri menopause. Kah.

4. Cerita ini jujurnya untuk perempuan. Dan bukan sebarang perempuan, perempuan yang mempunyai hati yang cepat terusik dan sukakan baju yang lawa-lawa, suka sweet-sweet dan menunggu prince charming. Girlish type maksud saya. Jika anda seorang perempuan tetapi perwatakan anda ganas dan hati keras, jumpa orang pun cakap woi woi, anda mungkin rasa cerita ini what the fish. Hahaha.

5. Dari segi costume dan jalan penceritaan semuanya bagus dan tip top. Magic nampak real dan saya tidak boleh persoalkan apa-apa kerana itu cerita Cinderella, storyline memang like that. Scenery pun cantik belako.

6. Jadi patut atau tidak tengok pada saya bergantung kepada anda. Jika anda sukakan cerita dongeng seperti Cinderella suatu ketika dahulu, filem ini patut ditonton kerana anda akan nampak Cinderella versi 2015 yang lebih fresh dan lebih realistic berbanding dulu.

7. Jujurnya jika tanya saya, filem ini biasa. Tapi itu mungkin sebab saya lelaki. Saya tak impress tengok gaun cantik-cantik, kasut cantik, rasa sweet bila dorang menari, prince charming yang sweet dan lain-lain tapi bila tengok gadis yang berdekatan semuanya macam “wahhh”, “cantiknyaaa”, saya perasan yang perasaan kekaguman lihat benda macamni, lebihnya pada kaum wanita.

8. Jadi saya bagi 4/5 bintang. Untuk jalan cerita yang tidak membosankan. Pemandangan cantik dan filem yang nampak realistic.

9. Jika anda ada pasangan perempuan, bawalah dia lihat movie ini dan belanja makan. Sekali sekala bahagiakan mereka, apa salahnya. Yang single, hang duduk diam. Padan muka. Kah.

Semoga bahagia guys.

Comments

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim