Saturday, May 16, 2015

Mad Max Review by Faiz Ibrahim

Mad Max Review by Faiz Ibrahim

1. Sebelum saya mulakan review kali ini, bolehlah kalian tempah dulu cerita Mad Max di pawagam berdekatan anda kerana bagi saya movie ini adalah BERBALOI untuk di tonton.

2. Pertama sekali kali yang boleh dikata tentang movie ini adalah Unik, dengan caranya yang tersendiri. First time saya tengok movie yang SEGILA ini. Agak ganas bagi sesetengah orang, tetapi bagi yang biasa, it’s okay.

3. Apa yang unik tentang movie ini adalah dari segi jalan cerita, costume dan peradaban manusia dalam movie ini.

4. Dari segi jalan cerita, banyak scene yang tidak dijangka dan tak terfikir. Pengarah keep surprisekan kita dengan banyak eleman baru dan GILA/HARDCORE. Plus banyak juga scene kelakar.

5. Dari segi costume jangan cakaplah, memang tak pernah terfikir pun ada tema baju macamtu. Dan kereta dorang pun semua ada costume yang ala-ala genre music METAL. Serius cool.

6. Peradaban manusia dalam movie ini ternyata sangat lain dari yang lain dimana dia create suatu hierarki baru ala-ala firaun moden.

7. Filem ini sebenarnya berkisah tentang bumi yang sudah hampir jahanam dan sumber kehidupan semua terhad. Jadi mereka berebut minyak dan banyak scene rampasan dan gaduh. Jalan cerita sangat pantas dan buatkan kita tak mengantuk.

8. Berapa bintang boleh dibagi? Saya bagi 4/5 bintang menurut pandangan saya kerana bagi saya filem ini lain daripada yang lain.

9. Siapa yang patut tonton adalah semestinya seorang lelaki, yang sukakan aksi yang melampau, yang sukakan suatu kelainan but at the same time, ianya nampak COOL. Bagi yang perempuan, mungkin akan tengok Pilot Café dan kata “Ehh, fahrin ahmad so cuteeee”. Sukanya kita.

O
M
G

1 comment:

.::: Princess MOMOY :::. said...

MOMOY tengok Mad max ... giler cool !!
nak tengok lagi . kali ni nak tengok 3D
serius best =)