Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Maafkan jika saya terlewat untuk keluarkan review mengenai phone Xiaomi Mi3 seperti yang dijanjikan kepada semua kawan-kawan saya. Maklumlah, bulan puasa. Jadi masa itu pack sedikit untuk aktiviti sana sini. Ramai yang tidak kenal apakah itu Company Xiaomi. Mari saya ceritakan sedikit serba serbi mengenai syarikat Xiaomi.

Mengenai Xiaomi

Secara ringkasnya, Xiaomi adalah sebuah syarikat daripada China yang menjual barangan elektronik terutamanya smartphone. Apa yang menarik mengenai Xiaomi ialah Xiaomi dapat menjual smartphone yang mempunyai spesifikasi tinggi dengan harga yang sangat rendah. Kerana itu orang berebut-rebut untuk beli handphone Xiaomi ni. Banyak dah smartphone yang dikeluarkan oleh Xiaomi antaranya yang paling digilai ramai adalah Mi3. Xiaomi menyatakan mereka sudah jual hampir 10 juta smartphone untuk model flagship sebelum ini iaitu model Mi2 dalam masa sebelas bulan.

Orang akan tanya, adakah kualitinya bagus? Ya, kualiti pembinaannya sangat baik dan setanding dengan smartphone lain yang berada dipasaran. Xiaomi bukan pengeluar handphone China yang kualiti cikai-cikai dan entah apa-apa itu, ini bagus punya kualiti. Saya difahamkan produk Xiaomi dibuat daripada syarikat terkenal iaitu Foxconn dan juga Inventec. Bagi yang taktahu, produk seperti iPhone, iPad, Blackberry juga dikilangkan di Foxconn. Dan Xiaomi semakin digilai ramai selepas Hugo Barra mula join Xiaomi pada tahun 2013. Hugo adalah orang kuat google. Android daripada Google. Orang yang kaki gadget dan review sahaja akan tahu kebaikan Xiaomi ni. Yang normal consumer, akan go with the market flow. Asyik-asyik Ssamsung dan Sony je mereka beli. #Fakta

Spesifikasi Xiaomi Mi3

Processor : Snapdragon 800 Quad-core 2.3 GHz Krait 400
Ram : 2GB
Camera : Belakang : 13 megapixel, Depan 2 megapixel
Skrin : 5 inci (441ppi)
Bateri : 3050mAh

Ini adalah spesifikasi Mi3 secara ringkas. Tengok spesifikasi diatas memang lebih kurang sama macam High End phone seperti Galaxy S5, Note 3 dan lain-lain. Kerana itu orang berebut-rebut nak beli phone ini.

Video Review by Faiz Ibrahim



Pengalaman Menggunakan Mi3

Disini saya kongsikan pengalaman saya setelah menggunakan handphone ini.

  • Kali pertama ON Mi3 saya nampak satu konsep, iaitu konsep SIMPLE. ianya menggunakan MIUI diatas Android. Kira MIUI ni macam Samsung punya Touchwiz semua tu. MIUI memang terbukti sangat-sangat smooth dan simple. Saya suka dengan kelancaran Mi3 ni.

  • Saya ke kedai dan tiba-tiba ada seorang mamat ni terlihat handphone saya, dia kata "Eh itu Mi3, mana you beli? Susah tau mahu dapat" sambil mukanya macam nak beli phone saya. Kira handphone ini popular untuk yang suka review dan sukakan dunia gadget.

  • Saya suka dengan skrin yang dipaparkan. Memang sangat cantik skrin dia, speaker pun sedap. Skrin cantik mungkin kerana 441ppi. Ppi Mi3 lebih tinggi daripada Note 3.

  • Saya suka dengan theme di Mi3. Korang boleh tukar theme dekat handphone korang dengan sangat-sangat mudah dan tak perlu install 3rd party apps. Ianya sudah built in dan tidak melambatkan phone langsung bila korang tukar-tukar theme. Ramai tahu theme yang baru akan membuatkan pembeli rasa macam handphone baru.

  • Dan saya tertarik dengan konsep dimana Mi3 ini hanya install yang perlu sahaja. Built in apps di Mi3 sedikit tapi semuanya bermanfaat. Ianya tidak terlampau lambakkan apps yang korang sendiri tidak pakai. Contoh Samsung dan Sony, memang terlampau banyak apps yang sudah built in dan ianya memang melambatkan phone.

Kelebihan dan Kekurangan bagi yang ingin membeli Mi3

Kelebihan dan Kekurangan ini adalah berdasarkan pengalaman saya. Setiap orang keperluan berbeza jadi mungkin tidak sempurna bagi saya tapi sempurna bagi anda yang lain. Jadi sila kawal emosi dan kawal diri.

Kekurangan

  1. Yang menjadi satu kekurangan besar adalah handphone ini adalah tiada memory card slot. Jadi memory yang ada hanyalah 16gb ataupun 64gb sahaja. Untuk pasaran Malaysia setakat ini hanya model 16gb sahaja yang masuk. Kalaulah boleh expand memory card, memang semua orang lagi suka.

  2. Cara pembelian yang agak tidak dapat menyenangkan semua orang. Saya beli website Xiaomi dan korang kena follow Facebook Page Xiaomi untuk cuba beli. Tak semua berjaya kerana usually apabila dia buka jualan pukul 12 tengahari, pukul 12.02 tengahari dah habis dah. Punyalah gila orang berebut nak beli sebab tu handphone ni macam RARE sedikit dipasaran. Alhamdulillah saya sempat membeli selepas tercegat hampir setengah jam di skrin dok refresh website. Bayangkan 7000 unit habis dalam masa 2 minit. Fheww

  3.  Aksesori. Ini antara perkara yang saya rasa mungkin merungsingkan semua orang. Saya ingat memula memang susah nak cari aksesori Mi3 ni rupanya saya silap. Aksesori Mi3 banyak dijual dipasaran dan even website official pun ada jual casing/screenprotector dan lain-lain. Boleh rujuk www.mi.com/my for more info. Kedai-kedai di JB ni pun banyak yang jual. Online pun banyak. Jadi no risau lah.

    Kelebihan

    1. Mi3 ini menggunakan CPU Snapdragon iaitu antara CPU yang paling terlaju untuk smartphone. Sebab tu orang berebut beli handphone ini. Dan untuk harga RM700++ korang boleh dapatkan Snapdragon yang paling latest, memang deal yang sangat gila. Daripada beli handphone yang pakai CPU Mediatek seperti Lenovo dan lain-lain, better ambil yang ni.

    2. Kualiti skrin yang sangat cantik dan tidak kena dengan harganya. Usually handphone yang harga RM700-RM800 kualiti skrinnya sangat-sangat TAWAR. Tawar maksud ayat saya adalah skrinnya kabur, tidak sharp dan lain-lain. Harga bawah RM800 tapi dapat skrin ala-ala S5, Note 3 dan lain-lain. Gila tak gila tu.

    3.  MIUI, antara satu lapisan atas android yang sangat ringan dan lancar. Berbeza dengan Touchwiz di Samsung. Siapa yang nak handphone simple dan ringkas dan sangat-sangat kurang lag, Mi3 patut jadi pilihan anda.

    4. Ram dia pun 2GB. Okay sangat dah tu. Usually with price like that on the market, kita akan dapat RAM 512MB dan paling tinggi pun 1GB.

    5. 13 Megapixel. Bagitahu mana handphone harga RM700++ ada 13mp dengan kualiti yang agak baik? Memang kurang dan tiada setahu saya. Saya difahamkan Xiaomi menggunakan camera daripada Sony. Jadi kualiti agak bagus. Boleh lihat video untuk lihat kualiti.

    6. Baterinya adalah 3050mAh dan ditambah pula dengan sistem yang ringan, insyallah boleh tahan sangat lama. Bateri S4 pun baru 2600mAh. Bateri iPhone 5s adalah 1560mAh. Berbeza bukan

    Kesimpulan

    Adakah korang patut beli? Bagi saya sesiapa yang mahu ada phone kedua yang sangat lancar dan tidak kisah mengenai memori 16gb itu, korang patut beli. Even saya pun cadangkan untuk gunakan handphone ini sebagai handphone kedua saya kerana saya kalau buka Facebook, Instagram or surf internet guna phone ni, memang sangat-sangat smooth. Harga pun RM700++ jadi takboleh nak complain banyak kerana harganya sangat-sangat murah berbanding dengan harga smartphone dipasaran. Jika berminat korang boleh ke website dorang untuk beli apabila mereka sudah buka jualan.

    Bukan senang nak dapat tapi itu adalah harga yang perlu korang bayar untuk dapatkan handphone yang agak baik with affordable price dipasaran.

    Terima kasih kerana sudi membaca yeah. :D

    Faiz Ibrahim
    Instagram : thefaizibrahim
    Facebook : Faiz Ibrahim
    Twitter : thefaizibrahim

Comments

Luqman Zakaria said…
terbaiklah review..mcm berminat pon ade..hehe :)
Bahrain said…
Aku dah kita syukur dengan hp yang aku ada. hehe
Anonymous said…
Vibe z k mi3 ek?
Shafawi Hamzah said…
nak beli, tapi xde kredit kad or debit kad..patut tak klu beli dkt lazada?
Anonymous said…
Info yang amat berguna untuk dikongsikan...
Anonymous said…
Thanks for the Info Bro...
paan said…
Assalam Faiz. Mi3 ni support 4GLTE tak ?
paan said…
Mi3 ni support 4G tak bro ?
faiz ibrahim said…
paan : untuk mi3 ni dia hanya sampai 3G network.
4G belum ada lagi.
untuk mi4 baru ada. :D
Mushi said…
Salam. Mi3 boleh buat hotspot tak bro?
Unknown said…
Saya baru beli mi 3 dri singapore 2n, msaalahnya dah masukn kad sim tapi no service shj, dh plbagai sya seting masih x boleh jugak....cmna yer..? Hp ok x ada msaalah
Anonymous said…
berminat tp mcm ssh je nak beli..kene pakai kredit kad plak..xde kredit kad camne kan..ade cara lain x bro??
shyla said…
tp lg bagus xiaomi redmi note. sbb ada sd slot, 3100mAh battery, 13MP rear facing camera|5MP front facing camera. 5.5" LCD IPS 720P dengan pemproses 1.7 GHz Octacore. 2 GB RAM. 8 GB internal storage. harga pun RM509 je. berpatutan~ berbaloi~
Unknown said…
tp lg bagus xiaomi redmi note. sbb ada sd slot, 3100mAh battery, 13MP rear facing camera|5MP front facing camera. 5.5" LCD IPS 720P dengan pemproses 1.7 GHz Octacore. 2 GB RAM. 8 GB internal storage. harga pun RM509 je. berpatutan~ berbaloi~
Anonymous said…
kt Kedai area bandar dh Ada jual xiaomi mi3,bru lepas server
ZerOeS MinDeD said…
Jenis fon nie kalau rosak mudah tak nak repair..maksud saya alat ganti die senang cari tak?
ladyrider said…
Aah...kalau rosak macamana...mana nak cari kedai spare part
Anonymous said…
Ko duduk JB ke Bro? Kalau kat JB memang ada jual Mi3 ni kat kedai handphone/komputer..
-stargazer-
capture selfie dengan kamera depan cantik giler.. terus berkenan tapi tak de stok kat celcom store. sedey
Anonymous said…
Sy dh guna hp ni...best hp ni...tp npe yea lps update software xioami mi3 ni..hp ni berat je..pastu nk taip msj ssh gler...npe yea jd cmtu
Aku dah sambar Read Me Xioami ... masa mula2 keluar , sebab ikut kemampuan... tak sangka kualiti bagus mcm yg ada jenama.. mula beli dah tercampak jauh kena bola sepak masa meNonton bola kat padang .. terpelanting jauh tiga meter.. ingatkan rosak atau pecah tapi ok je... bateri main setengah hari berterusan ok je
Harga murah, bila fah lams sikit jadi mahal byk sambutan... kamera kualiti tinggi, memang srntiasa gina handset ni..... org yg kondem pun tak cakap apa dah..

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim