Perlukah sebuah Tablet?

Perlukah sebuah tablet?

1. Sebelum masuk ke dunia Android/iOS, saya pilih sebuah tablet Samsung sebagai permulaan. Dengan harapan tablet boleh 2 in 1. Boleh jadi phone, boleh jadi tablet sebab that time tablet saya boleh call.

2. After beberapa lama gunakannya, saya mula menyesal. Tablet agak besar dan end up letak di rumah sahaja.

3. Saya cuba install whatsapp semua, pun susah. Untuk Facebook, nak reply komen agak leceh (size besar, jari ketot), tapi kalau sekadar scroll news feed, memang syok.

4. After that saya beli first Android phone, daripada Sony Xperia, memang dah tak guna langsung dah tablet tu.

5. Reason tablet tak digunakan sangat sebab size besar, camera teruk, banyak apps yang tak compatible untuk size skrin tablet.

6. Sebabkan tak makan saman, saya beli tablet kedua. Microsoft Surface. Saya memang beli tablet ini untuk media consume (tengok video) sebab Surface ada usb port. Senang cucuk pendrive. Cuma apps pulak kurang.

7. And then saya beli iPad. Untuk kerja. Untuk tunjuk gambar/statistik kepada klien. Memang nampak profesional. Klien pun selesa. Tapi itu sahaja fungsinya selain bolehlah Facebook sikit.

8. Kalau tanya saya tablet yang paling bagus, iPad jawapan saya. Sebab bateri tahan. Tengok bateri pada gambar, almost 3 minggu standby time, baru reduce far 100 ke 79. Kalau tablet lain, comfirm dah habis bateri.

9. Tablet bagi saya masih belum ada satu penggunaan khusus. Jadi fikir betul-betul sebelum beli sebab ramai yang beli dan biarkannya tersadai macam ikan paus.

10. Kalau mahu tablet yang ada memori card, boleh go for Samsung tablet S Series.

#TipsFaizIbrahim

Comments

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim