Jupiter Ascending Review

Jupiter Ascending Review by Faiz Ibrahim

1. Semalam baru tonton Jupiter Ascending (JA), dan hasilnya amat mengejutkan saya.

2. Kita bermula dari babak aksi, filem ini memang padat dengan aksi, cuma aksi yang dipaparkan terlampau laju sehingga kau rasa macam pening lalat bila tengok. Dahlah laju, lama pulak tu aksi dia. Mata kau akan ke kanan ke kiri dan akhirnya pening sendiri.

3. Jalan cerita pada saya agak “meh” dan saya tak rasa ianya macam logik. Ya, filem memang sepatutnya diluar kotak pemikiran manusia, cuma jalan cerita JA ini saya tak boleh hadam. Seolah bila dah habis tu saya rasa macam Hek Eleh.

4. Dari segi costume, tempat, memang saya patut puji. Memang unik dan memang nampak cool. Seolah kau memang berada disatu planet lain.

5. Ending pula memang agak tak memuaskan bagi saya.
Seperti tiada penamat yang sebetulnya dan seperti cerita tergantung. Seolah selepas dah lalui macam-macam hal, semuanya kembali kepada keadaan asal dan tiada perubahan pada diri karakter. Padahal dia pewaris takhta.

6. Tempat orang jahat, sebesar-besar alam boleh rosak disebabkan satu kapal terbang kecik tembus dari awan. Bayangkan Malaysia, ada satu kapal terbang langgar bangungan Tabung Haji ke, satu Malaysia hancur dan meletup.

7. Orang jahat yang paling jahat nampak LEMBUT dan tak kuat langsung. Kau orang jahat, please be Man dan kick some arse.

8. Jika diberi bintang, saya akan berikan 1.5/5 bintang. Mungkin bukan taste saya.

9. Patut atau tidak untuk tonton adalah bergantung kepada korang sendiri. Sebelum saya tonton saya baca review dan semua review kata teruk. Bila saya pergi tonton sendiri, ternyata ianya sama seperti yang diperkatakan.

Comments

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim