Avengers 2 : Age of Ultron Review by Faiz Ibrahim

Avengers 2 : Age of Ultron
Review by Faiz Ibrahim

1. Untuk filem Avengers kali kedua ini, saya rasa sedikit hampa dan tidak puas. Apabila saya cakap saya hampa dengan Avengers 2 di Twitter, ramai tak percaya. Tapi ini adalah pandangan saya selaku peminat filem adiwira.

2. Filem ini berkisah mengenai Tony Stark yang cipta Ultron untuk jadikan bumi lebih aman dan selamat. Tapi Ultron punya penyelesaian adalah hancurkan dunia sebab dia rasa manusia tak boleh berubah dan perlu dilenyapkan.

3. Filem ini agak serius dan tidak banyak scene kelakar. Saya ketawa beberapa kali sahaja di panggung dan yang lain turut sama begitu. Itupun ketawa kecil. Mungkin cerita ini dia fokuskan pada aksi.

4. Dari segi jalan cerita, ianya memang sangat “menghampakan”. Kita boleh agak dan ianya seperti pengulangan filem Avengers yang pertama. Bumi diserang teruk-teruk oleh seangkatan askar. Kalau dulu alien, now robot Ultron. Jalan cerita terlampau mudah dan ringan. Ini Avengers kot, kombinasi superhero, takkan like that.

5. Si Ultron tu pulak, kita tahu dalam komik/cartoon, Ultron memang power. Tapi dalam movie ini, si Ultron ni nampak lembik dan tidak gah. Ending si Ultron ni pun macam mudah sangat.

6. Dari segi costume/action, semuanya memang awesome, filem mat salleh jutaan ringgit memang kita tak boleh sangsi kualitinya.

7. Overall, saya bagi 2.9/5 bintang. Sebab pada saya bila saya tengok tu, saya rasa something missing dan saya cuba cari satu alasan kenapa saya perlu suka movie ni, malangnya tiada.

8. Keluar daripada panggung pun semua macam terpingga-pingga. Kalau dulu masa Avengers 1, yang keluar panggung akan berkata mengenai filem tu, tetapi this time TAK HADOO. It was like, semua orang still tak dapat something untuk diterujakan daripada movie ini.

9. Patut atau tak tengok, bagi saya filem ini biasa. Tapi kepada peminat cerita Marvel, anda patut tengok sebab filem ini ada kolerasi dengan filem marvel yang lain seperti Ant Man dan lain-lain.

So tag kawan dan ucapkan,
Hey babe, we need to talk.
Betul ke nak tengok movie ni?

Comments

Aisyah Sukor said…
2.9 dari 5? Please laaaa...
Aisyah Sukor said…
will wait: civil war

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim