Chappie Review by Faiz Ibrahim

Chappie
Review by Faiz Ibrahim

1. Tadi baru berkesempatan untuk tonton Chappie. Bagi yang tidak tahu, Chappie merupakan sebuah movie berkisar seorang robot yang disuntik perasaan dan mula belajar dengan perasaannya.

2. Jujurnya orang kata best movie ini, even rating di internet juga tinggi, malangnya saya rasa movie ini tidaklah seindah yang disangka. Mungkin bagi saya.

3. Semasa menonton, rasa something wrong somewhere. Mungkin kerana Chappie yang bagaikan kain putih dan dibesarkan oleh perompak. Saya beranggapan Chappie ditakdirkan untuk menjadid hero dan save mankind, tapi rupanya tidak. Dia pergi rompak orang pulak. Rasa so wrong.

4. Jalan cerita bagi saya mendatar. Jujurnya saya ketawa satu dua kali sahaja. Dan wayang juga senyap. Berbeza dengan situasi Kingsman. Saya tahu situasi movie ini berbeza, cuma kita boleh nampak penonton get excited or tak semasa menonton.

5. Cerita ini juga sebenarnya kelihatan seperti simbolik kepada hubungan manusia dan tuhan. Anggaplah anda chappie dan creator dia sebagai tuhan. Jika anda tonton, anda akan nampak.

6. Untuk robot Scout, animation’nya memang bagus tapi untuk robot moose, saya rasa agak kelihatan kartun. Lagi-lagi masa bab dia tembak. Rasa unreal. Moose pun mati macam mudah sangat walau badan besar gedabak.

7. Untuk ending, to me it’s okay. Tidak disangka dan ada pengakhiran yang baik.

8. Overall, mengikut pandangan saya, saya boleh beri 3/5 bintang sahaja. Boleh tag kawan dan kata, woi cancel lah tengok. Hahaha. Insyallah avengers bulan 4 ni. Siapkan diri semua.

Siapa yang dah tonton? Share pandangan korang.
Ini pandangan saya, mungkin anda rasa berbeza.

Comments

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim