Kingsman : The Secret Service review by Faiz Ibrahim

Kingsman : The Secret Service
review by Faiz Ibrahim

1. So far inilah movie yang paling seronok saya tonton untuk tahun 2015. Mulanya saya pelik kenapa pihak wayang banyak lebihkan filem kureng seperti Jupiter Ascending kerana waktu tayangan Kingsman hanya 2x sahaja sehari.

2. Mungkin kerana movie ini adalah untuk 18 tahun ke atas, atas sebab keganasan dan beberapa scene dan percakapan yang tidak sesuai ditonton budak kecik. Jadi jangan mengada nak tengok dengan adik atau mak ayah.

3. Apa yang saya boleh katakan tentang Kingsman adalah cerita ini tersangat unik dan worth it. Plus, cerita ini penuh dengan aksi yang cool dan yang lagi best, lucu.

4. Jalan cerita pula tidak terlalu berat dan mudah faham. Tiada unsur pemikiran kritis yang melampau serta apa yang dia tunjukkan korang akan terus dapat tangkap dengan mudah.

5. Jalan cerita juga sangat tidak membosankan. Sentiasa ada elemen baru dan surprised yang buat korang rasa macam Ehhh kenapaaaa jadi macam ni atau Ya Allah, ganas gila.

6. Sinopsis mudah. Cerita ini berkisah mengenai satu organisasi rahsia (Kingsman) yang peranannnya seperti James Bond dan mereka sedang recruit new member untuk masuk Kingsman sebabkan salah seorang ahli mereka mati. Plus new villain muncul dengan rancangan jahatnya.

7. Untuk bintang (mahu kasi berapa bintang yaaaa), saya bagi 4.8/5 bintang untuk ending yang bagus dan jalan cerita dan aksi yang tidak membosankan. Ramai orang lepas tonton movie ni, tepuk tangan. So must be that good lah.

8. Saya fully recommend korang tengok movie ini kerana ianya mungkin satu jalan cerita yang diluar kotak pemikiran korang.

9. Selamat menonton dan Be Happy dengan orang yang tersayang. Pergi tempah tiket tengok malam ini juga. Ajak kawan, ajak pasangan. Kalau single, tengok sorang. Itulah suruh cari pasangan taknak. Kahkahkah.

Comments

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim