Android lambat update vs iPhone cepat update?

Kenapa Apple cepat update
Kenapa Android lambat update

1. Versi android yang paling latest sekarang ialah 5.0 Lollipop. Setelah hampir sebulan direlease, masih tiada any update kepada phone android kecuali Nexus atau Google Play device. Kebanyakan android masih stuck di android versi kitkat 4.4.4.

2. Kenapa lambat?

Mudah. Setiap kali Google keluarkan versi android baru ada beberapa layer proses yang berlaku.

Satu, pengeluar chip (Qualcomm, Samsung) harus keluarkan satu code baru untuk versi android baru.

Dua, OEM Brand for Android (Samsung, HTC, OPPO) baru akan develop software versi mereka kerana bila pengeluar chip dah keluarkan code, baru dia boleh buat software berinteraksi baik dengan bahagian hardware.

Tiga, baru direleasekan kepada consumer.

3. Kenapa Apple (iPhone, iPad) dapat update laju?

Sebab apple control semuanya tidak kira dari segi hardware atau software. Kerana itu bila dia release iOS versi baru, dalam kiraan berapa hari dah boleh dapat ke semua device apple yang support. Tambahan lagi, jumlah device apple tidak banyak.

4. Jadi kira Android lambat lah?

Tak. Yang lambatnya OEM. Apabila Google release new version, pihak OEM akan ambil pure android dan modify kepada versinya tersendiri. Pihak OEM akan tambah itu ini untuk menjadikan Android device mereka berbeza dan ada ciri unik. Faktor kelambatan ditambah lagi dengan beribu Android dipasaran, yang menggunakan hardware (chip, skrin size, camera) berbeza. Ianya memang ambil masa.

5. Jadi macamana nak tahu handphone Android apa yang akan dapat update?

Digalakkan beli Nexus device ataupun beli flagship phone. Flagship adalah main phone untuk sesuatu company. Samsung (Galaxy, Note series), HTC (M7,M8) Sony (Z2,Z3) dan lain-lain.

6. Penting sangat ke update?

Depend. Tanpa update phone masih boleh function seperti biasa. Ada update membinasakan (makan bateri, lembabkan phone) kerana usually update memerlukan hardware terkini.

Comments

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim