Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah hari ini baru saya berkesempatan untuk buat satu video review mengenai Action Cam ala-ala Go Pro. Bagi yang tak tahu apa itu Go Pro, korang boleh terus ke link dibawah bagi tahu dengan lebih lanjut mengenai kelebihan Go Pro dan kenapa orang sekarang gila-gila bebeno pakai/beli Go Pro.

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya


Ini Review saya mengenai RD-990

Secara mudahnyah, RD-990 adalah lebih kurang macam GoPro tetapi ada sedikit minor kekurangan. Dan apa yang menariknya, harga jualnya sangat murah iaitu only RM499 berbanding dengan GoPro 3+ Black Edition yang harga jual standardnya berharga RM1599 ataupun RM1499. Dan orang ada juga kaitkan dengan model SJ4000. Model RD-990 lagi better (pada pendapat saya) dari ada ciri-ciri yang lagi best.

Bagi yanng tak tahu, RD990 mempunyai ciri-ciri yang sama seperti GoPro dan ada juga built in wifi. Jadi korang semua boleh hubung dan kawal daripada telefon bimbit korang sahaja. Itulah satu ciri yang tidak ada pada SJ4000. Pastikan korang beli RD990 daripada pengeluarnya yang betul dan bukan syarikat OEM kerana usually ada sahaja syarikat OEM yang meniru dan keluar produk tiruannya yang tersendiri. Tiru daripada segi design tetapi kualiti memang sangat mendukacitakan.

1. Apps ActionCam 990

Untuk RD990, ada apps'nya di Google Play Store iaitu apps yang bernama ActionCam 990. Dan pengalaman saya menggunakannya adalah sangat teruk. Mungkin apps itu masih baru dan banyak bugs (masalah). Jika pada saya apps GoPro sudah Buggy, apps pada RD990 juga sama. Tapi insyallah mereka akan perbaiki dari semasa ke semasa dengan update. Untuk normal use, apps RD990 bolehlah digunakan daripada tiada apps langsung seperti model bajet persaingannya SJ4000 tu. Bagi yang taktahu, apps ActionCam990 ini boleh berikan korang control kamera korang seperti ambil gambar, video dan setting-setting yang lain.


2. Design

Dari segi design RD990 macam gemuk sedikit daripada GoPro Black Edition tapi ianya tidak ketara sangatlah. Dan ini adalah gambaran gambar bagi RD990.


Ini adalah camera RD990. Sizenya agak lain sikit dan ada curve pada tepi hujungnya. Quite nice juga sebenarnya. Cuma apa yang menjaid masalah saya pada design ini adalah daripada segi nak buka bateri belakang ianya agak tricky tetapi jika dah tahu caranya, ianya tiada masalah.


Berbeza dengan GoPro, bahagian bukaan slot ini RD990 buat like this. Kalau GoPro dia boleh cabut semua. Pada saya ianya tiada masalah cuma untuk jenis-jenis orang tertentu, mungkin mereka katakan ianya agak melecehkan kerana nak kena pusing dan kadangnya ianya mengacau cable.


RD990 dengan Underwater casing. Bila dah pakai underwater casing rasa agak besar sikit. Dan nampak macam submarine. Pada saya ianya agak okay dan agak unik dengan warna merah tu. Kombinasi hitam merah memang menampakkan sesuatu produk itu nampak mahal dan garang.


Paparan belakang Underwater casing. Nampak tak arrow ke kiri yang back cover RD990 tu? Itu yang saya cakap susah nak bukak at first untuk masukkan bateri. Dia kena just tolak dari tempat arrow tu je. Tak perlu tekan body dia dan tekan. Nanti kalau dah beli, korang akan tahulah tuuuu. heh.


Clip bagi buatkan underwater casing ketat. Secara jujurnya benda hitam ni boleh tercabut sebab dia jenis cabut bukak je. Saya memula tak confident benda ni boleh masuk air atau tak, nantikan review mengenai underwater quality test dibawah.

3. Item Yang Akan Dapat

Untuk item yang korang akan dapat, adalah segala mount-mount yang basic. Tapi kira banyak jugalah nak dibanding dengan GoPro. GoPro very the kedekut and harga aksesori a little bit pricey. Dan yang menariknya segala aksesori untuk GoPro boleh muat ngam-ngam soi dengan RD990. Korang boleh lihat dibawah, memang agak pemurah RD990. Dan yang uniknya, dorang bagi dua bateri. Sangat pemurah.


 4. Quality Check

Bagi memudahkan korang, korang boleh just tengok video dibawah ini in 1080p iaitu resolution paling tinggi. Kalau lihat in 360p quality comfirm teruk even GoPro pun like that. Quality sebenarnya agak bagus juga untuk RD990. Check video dulu dan lihat review saya dibawah video tu. Video dibawah ini tanpa suntingan.



Outdoor Quality Check (With Monopod)

Pada saya ianya agak bagus juga. Ianya boleh tahan dan untuk price tag RM499 kebawah, ianya sangat-sangat worth it. If korang nampak saya zoom pada rumput tu, memang ianya nice.

Shake Quality Check (With Monopod)

Saya cuba lari dan takdelah Shake sangat seperti yang saya bayangkan. Kalau nak buat jogging pun rasanya nice, cuma pastikan jangan lari bersepah sangat. hahaha.

Audio Quality Check

Ini yang buat saya impress. Mati-mati ingat audio recording dia suck, rupanya tidak. Audio lebih kurang macam GoPro juga. Dan ianya tidak menghampakan saya.

Underwater Quality Check

The first thing bila saya tengok underwater casing dia, saya macam "Benda ni tak bocor atau leaking ke kalau aku bawak masuk dalam air?" Memula sebelum masuk air, memang ala-ala redha lah apa yang jadi. Alhamdulillah ia berfungsi seperti yang dijanjikan. Nak record scene korang swimming pun nice dah ni. Cuma pastikan tempat yang korang nak pergi tu air dia jernih, kalau air dia keruh, semua action cam nampak macam tengah record buaya berenang. hihihihi.

Low Light Quality Check

Lagi satu faktor yang buat saya teruja. Saya record dalam wayang sebenarnya. Suasana wayang agak gelap dan ianya tidak menghampakan saya. Tengok, saya risikokan diri dengan rekod dalam wayang demi buat video ini. Betapa komitednya saya. hahaha.

Outdoor Quality Check (Without Monopod)

Ramai tahu tangan saya ni agak shake. Kalau korang ada steady hand, footage korang insyallah akan okay. Biasalah, saya ni dah berumur sikit. Tangan pun dah tak berapa nak strong macam dulu. heh.

  4. Image Quality Check

 Gambar dibawah adalah gambar menggunakan RD990 dan saya gunakan monopod untuk dapatkan steady shot. camera ini 12mp dan wide lens. Hasilnya agak bagus.


Boleh klik pada gambar untuk lihat resolusi sebenar. Kalau nak amek gambar, kena pastikan dua perkara. Satu, tempat korang tu tak gelap sangat that's banyak sumber cahaya seperti outdoor dan lain-lain. Dua, Tangan jangan shake. Insyallah hasilnya akan bagus. Sebab haritu saya try amek gambar muka saya dekat dalam bilik, agak bergegar gambar. Mungkin sebab saya dah tak hensem dah ataupun RD990 tidak mampu store gambar kehenseman gambar saya. hahaha. joke.

Patut atau Tidak Beli :

1. Pada saya patut sebab harganya sangat affordable. Retail price only RM499 dan qualitynya agak bagus. Bagi yang tak pernah pakai GoPro comfirm akan terus puas hati. Bagi yang dah pakai mungkin nampak minor kekurangan disana sini. Tapi get serious lah, harganya jauh beza. RM1499 dengan RM499 is hude different. Korang boleh beli 3 RD990 untuk dapatkan satu GoPro 3+ Black Edition.

2. Untuk kualiti yang dipaparkan secara jujurnya lebih baik beli Action Cam ini daripada SJ4000 ataupun action cam yang lain-lain tu. RD990 meniru GoPro dengan bagus sekali. Tiru dari segi kualiti sekali. Walaupun tak sebagus GoPro tapi kualitinya mirip. Ada jenis orang dia tak nampak sangat pun perbezaan quality dia tu. Bukannya dia nak editing masuk TV macam Program Sembang Teh Tarik and all that. Kalau just upload social media dah okay sangat dah.

3. Dan yang menariknya RD990 ni boleh masuk semua aksesori GoPro. Jadi korang dah jimat dah kat situ. Even korang juga boleh beli aksesori RD990 dan pakai dengan GoPro. Ianya muat. Aksesori untuk RD990 juga amatlah murah berbanding GoPro. Jadi bagi yang action cam tapi bajet buat masa ini mampu around bawah RM500. This one you should get dudeeee.

4. Tapi pastikan beli yang original RD990. Jangan beli yang non-original. Ada yang boleh jual below that RM499 tapi pastikan yang dia jual itu bukan daripada syarikat klon atau OEM. Kadang-kadang orang kita ni nak jual murah sangat sampai sanggup ambil yang tak original. Itu bahaya tu. Or kalau korang nak berniaga RD990 ni or dah kumpul atleast 5 orang untuk beli produk ini, please contact me. i will share you with the detail. Cari saya di instagram "thefaizibrahim" ataupun Facebook "Faiz Ibrahim". Insyallah saya boleh bantu korang deal terus dengan kilang yang betul original.

5. Jadi jika berminat, boleh terus dapatkan daripada Trusted Seller korang dan jom make go videos from Malaysia. Saya suka lihat video cool daripada anak-anak Malaysia. Malaysian support Malaysian. :D

6. RD 990 sesuai juga dijadikan second Action Cam untuk suppot angle daripada angle yang berlainan.



RD990 didalam air

Faiz Ibrahim
Instagram : thefaizibrahim
Facebook : Faiz Ibrahim
Twitter : thefaizibrahim

Comments

Unknown said…
faiz tlg hilangkan lagu kt blog nie.. ssh lah nak dr video review.. tq
Unknown said…
Review yg menarik faiz...thanks a lots 4 ur information...I'll get 1 like that one day...
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Salam en Faiz , area jb mne blh dpt rd990 yg ori .. ASAP . Tq ;))
Anonymous said…
Macam mana nak tau RD990 Ori or fake? Tolong perjeaskan encik Faiz
Anonymous said…
salam
faiz boleh ka remote gopro conect ngn rd990..ylh remote rd990 pkai app kt hp..kwn da pkai mmg tbek tp remote yg jd mslh nk kna pgg pole n hp..
Unknown said…
Salam tuan..saya ingin bertanya..mana lebih bagus antara sj4000wifi dgn rd990wifi..mohon bantuan..tq..hasrinramlan@gmail.com
Anonymous said…
salam tuan, tumpang tanya ke mana foto yg didownload menghilang? sy download foto via wifi ke ipad sy tp sy tak dpt cari foto tersebut. pls help. terima kasih.
Nonny said…
memang nak beli. gud info. nt cari kat instagram
Unknown said…
TQ..MAKLUMAT YG BERGUNA...MTK TLG WASSUP DEALERS YG ORI PADA SAYA...TKOT BELI TERKENA YG DUPLICATE..0125724535..TQ
EN FAIZ..sy berminat nk beli RD990 ney..bole ke bantu sy??
Jacqueline Khoo said…
Amazing review! Thanks for the info. Im gonna review it once i got mine ;)
Unknown said…
Where can i get 1in kl ? Bacause i saw most of the store is selling sj4000 :(
Unknown said…
Bro kalau tangkap pakai apps action cam kat handphone, macam mana nak terus save gambar kat phone ea? Saya cari kat gallery tak ada lar gambar tue. Kalau saya pakai iphone mcm mana nak transfer gambar ke hp?
shud said…
salam bro nk tnya sikit, nk beli kt mn yg ori ye bro... dlm lelong da jual tp xtau ori ke x... market skg ori harga brapa bro. tq bro... klu lh whatsapp sy 0124401108. tq bro
Oren Misaki said…
Review yang bagus . Tenkiu ! Banyak dapat info dari sni...
Anonymous said…
macam mana nak save video dari rd990 masuk ke phone ? guna ambrella tu boleh save gambar jer . I need to know this ASAP
Unknown said…
Bro faiz, sya kehilangan password utk connect wifi apps tu,ada tak password tu dkat bro?

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim