Tips membeli Smartphone

Ramai tanya saya tips membeli telefon dan ini yang saya mampu kongsi secara senang faham.

Tidak digalakkan tanya kedai, "Apa yang bagus". Usually mereka akan jual ikut profit dan habiskan stok. Sebab ramai yang tertipu. Semoga ilmu secara kasar ini dapat bantu walau sejengkal.

Tips membeli smartphone.

Processors
Ini antara elemen yang penting. Sila lihat specification device yang anda beli. Contohnya akan ada perkataan GHz semua tu. Mudah cerita gini. Semakin tinggi Ghz semakin laju speed device anda.

Dan check juga perkataan depannya. Single, 1 chip.
Dual, 2 chip,
Quad,  4 chip.
Octa, 8 chip

Bayangkan chip sebagai enjin kereta. Maksudnya jika Quad Chip, 4 enjin akan running untuk proses apa yang anda buat di smartphone. Saya prefer chip Snapdragon. Laju.

Contoh Note 3 ialah Quad Core 2.3GHz. Maksudnya ada empat enjin berkuasa 2.3GHz bekerja. Usually dia depend on apps. Apps biasa yang tak perlukan banyak power dia akan run speed biasa untuk jimat bateri.

Ram
Anggap ram sebagai troli. Makin besar ram makin besar troli. Jadi bila besar troli, anda boleh letak banyak barang. Kalau lebih muatan, anda harus buang muatan tertentu untuk masukkan yang baru. Muatan itu umpama running application. Itu yang akan keluar memory full or apps crash. Ram usually 2GB standard for now.

Bateri
Makin besar bateri makin lama tahan. 2500mah keatas usually boleh tahan 2/3 hari. Lihat cara penggunaan.

Note3 3200mah
iPhone5s 1560mah

Skrin
Saiz skrin semua tahu.Yang kurang tahu is ppi for skrin. Makin besar ppi makin sharp image pada skrin. Jadi image tak pecah and cantik.

Oppo Find 7A is 401ppi
Note 3 386ppi
iPhone5s 326ppi
Htc M8 441ppi
LG G3 534ppi.

Camera
The more megapixel mudah kita untuk crop image. Kualiti gambar bergantung pada lens dan software yang digunakan. S5 16mp, iPhone5s 8mp, Note 3 13mp.

iOS or Android
Depend pada citarasa suka dan selesa yang mana. Yang kata Android lag, dia jenis suka main cakap dan suka install apps ngarut beribu pada phone. Itu yang phone berat. iPhone pun boleh jadi benda yang sama.

Semoga bermanfaat ye.
🙌🙌🙌🙌

Comments

Thanks for the sharing bro. Memang sekarang nak pilih smartphone mana yang paling berkenan di hati. :)
biasanya amik masa nak beli telefon 1 2 k baru beli, baru puas hati
Anonymous said…
Thanks for the Info Bro...
Anonymous said…
Huawei honor 3c ok tak??
Expandroiders said…
Nice info bro.. Kipidap!

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim