Oppo Find 7A Review by Faiz Ibrahim


 Assalamualaikum, alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk review lagi satu produk telefon bimbit yang bernama Oppo. Rata-rata bila saya cakap pasal Oppo, mereka akan kata Oppo itu adalah company china cikai dan tidak menghasilkan barangan berkualiti. Nope, mereka salah. Oppo mula ditubuhkan sejak tahun 2004 lagi dan mereka menghasilkan premium item seperti salah satunya ialah blurray player yang harganya amat premium di pasaran US dan satu dunia. Panjang lagi kisah Oppo tapi biar saya pendekkan disini, setelah review lama saya, saya dapati Oppo bukanlah brand cap ayam seperti yang mereka kata selama ini.

Pada mulanya sebelum saya membeli handphone Oppo Find 7A, saya memang bercadang untuk membeli handphone sebagai handphone kedua saya. Saya mahukan handphone yang ada ciri-ciri flagship phone but with affordable price. saya hanpir ingin terbeli HTC One M8, iPhone 5S, Samsung S5 dan juga Xperia Z2. Rata-rata harga device ini adalah RM2300 hinggalah RM2400. Oppo Find 7A pula berharga RM1598 tetapi specnya adalah sama seperti flagship phone yang saya nyatakan diatas dan itulah antara wow faktornya.

Anda boleh rujuk di 


Jika anda sangsi dengan saya. Secara mudahnya, saya terangkan spec Oppo Find 7A,

Chipset : Qualcomm MSM8974AB Snapdragon 801
CPU : Quad-core 2.3 GHz Krait 400
GPU : Adreno 330
RAM : 2GB
Screen : 1080 x 1920 pixels, 5.5 inches (~401 ppi pixel density)
Camera : Front, 5mp. Back, 13mp
Battery : 2800mAh

Jika anda bandingkan spec ini dengan Note 3, Note 3 berada dibelakang sikit. Find 7A diletakkan dengan spec yang menarik dan terkini. Bagi yang tidak tahu, Oppo ada keluarkan 2 Flagship Phone pada tahun ini, iaitu Find 7 dan juga Find 7A. Find 7A adalah bawah sikit daripada Find 7. Find 7 lebih power daripada segi tambahan 3000mAh, screen resolution 2K dan chipset tinggi sikit. Harganya lebih mahal sikit tapi pada saya perbezaannya tidak ketara sangat.

Saya akan ulaskan apa yang saya suka yeah :

1. Smoothness, memang tak dapat dinafikan memang sangat smooth dan setanding dengan handphone flagship yang lain. Mungkin kerana dia gunakan chipset Snapdragon 801 yang latest.

2. Camera adalah antara saya suka. Ramai yang taktahu, Oppo sebenarnya gunakan sensor dan lens daripada Sony jadi hasil memang sangat-sangat cantik. Korang akan dapat lihat sharpness pada gambar. Lihat video saya untuk pengesahan. Saya tak tipu.

3. Saya suka feature boleh on'kan phone tanpa perlu tekan fizikal button. Rujuk video dibawah daripada saya untuk more info.

4. Rapid Charging. Oppo berikan 2 charger. satu charger output 2.0 rasanya. Dan satu lagi charger output 4.5. Dan dia katakan akan dapat charge daripada 20% hinggalah 70% dalam masa setengah jam. Serius ini tak tipu. saya dah cuba memang cepat penuh. Jadi roughly hp anda akan dapat penuh tak sampai 1 jam. kalau normal phone with the same battery, usually ambil masa 2 hingga 3 jam baru penuh.

5. Colour OS. Kalau samsung ada Touchwiz, Colour OS pula ada satu yang unik. Ianya simple dan tak banyak bloatware seperti samsung dan lain-lain. Ringan pun ringan.

6. Screen sangat cantik. PPi pun tinggi jugalah around 401PPi. memang sangat sharp warna yang dikeluarkan screen.

7. Internal Memory adalah 16GB tapi dia ada ruangan storage memory card. Jadi anda boleh sumbatkan memory card sehingga 128GB ke dalam Oppo Find 7A.

Ini adalah video review daripada saya. Tadelah hebat dan kalau nak dibandingkan dengan yang profesional, memang jauh ketinggalan lah saya ini. tapi ini antara video review daripada bahasa melayu dan saya harap video ini dapat membantu semua orang yang sedang mencari handphone. Dalam video ini saya terangkan apa yang saya suka tentang Oppo Find 7A. Korang boleh just relax dan chill tengok video yeah kerana semuanya memang dah dicakap dalam ini. Kalau nak share video or blog ini, boleh aje. Nak bagi credit pun baguih juga. Semoga video ini bermanfaat yeah.

Selamat menonton.




Comments

Anonymous said…
Bukan 1598 ke harga dia?
faiz ibrahim said…
Yup, RM1598. Typo tadi.
Thanks betulkan. :D
Anonymous said…
Alaa bahase teknologi sangat tau. Okay dalm bahase mudah processor die laju umpama iphone, camera cantik umpama sony and internal memory besar. Betol?
eric said…
oppo find 7a it definity a very good smatphone from oppo
Anonymous said…
Salam... incik nak tanya laa hari tu kat ig ade beli surface2 kan? Boleh tau incik dah review ke blom..?
Anonymous said…
saya telah mengunakan oppo find 7...memang terbaik....lebih pantas..mudah..berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
paan said…
Assalam Faiz. Saya menyelit lagi :3 antara Xiaomi dgn Oppo Find 7A , bro recommend yg mana ? Dari segi function , accessories semua. Harga tak penting.
faiz ibrahim said…
Paan : saya cadangkan Find 7 . memang sangat-sangat terbaik dan awesome. my best phone so far. :D
paan said…
Oh okay bro. Lagi satu, agak agak untuk long term okay tak. Long term untuk setahun dua lah kiranya. Sbb saya ni jenis yg jarang tumar phone. Sbb tu nak cari yg terbaik.
Siti Munirah said…
Assalamualaikum

saya sedang cari review tentang oppo find 7 dan jumpa blog saudara. Apa pendapat saudara tentang find 7? Saya tertarik utk memilikinya atas faktor kamera dan gambar yg terhasil sgt cantik (tengok hp kawan punya).

Boleh tlg reply kat blog saya tak? Tq.
Unknown said…
Camera dpn after snap is it clear n nice? Or mcm cmera smsung biase yg not clear sgt tu? Yg kalo indoor die agak x cntik
Unknown said…
Camera dpn after snap is it clear n nice? Or mcm cmera smsung biase yg not clear sgt tu? Yg kalo indoor die agak x cntik
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
bunga13 said…
Cmera depa oppo mmg superb lah.. cntik sgt pic muka kita xyh edit2 otomatik nmpak smooth n light
Anonymous said…
Bpe hrga oppo find 7 skrg?
Unknown said…
Salam bro..nak tanye phone ni sesuai ke x tuk bermain game..game2 on9 misalnye..skrg sy pakai note 3 berminat la jugak nak tukar selera pakai find 7 ni..mcm best pon ade..tq
Anonymous said…
HRGA SKG 1399
Unknown said…
salam,

sy baru je beli oppo 7a semalam... harga dlm rm 1398.. dpt tempered glass screen protector, casing, earphone, charger, usb, memory card 8gb ngan power bank.... ok la kannn

camera mmg superb!
Unknown said…
Ayu ismail..beli kat mane? Mmg dpt free ke sume tu dgn harga rm1398?

Popular posts from this blog

Review : Go Pro Hero 3+ Black Edition . Kenapa anda patut beli dan kenapa anda tidak patut membelinya.

Review : RD990 Action Cam by Faiz Ibrahim

Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim