Xiaomi Mi3 Review by Faiz Ibrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maafkan jika saya terlewat untuk keluarkan review mengenai phone Xiaomi Mi3 seperti yang dijanjikan kepada semua kawan-kawan saya. Maklumlah, bulan puasa. Jadi masa itu pack sedikit untuk aktiviti sana sini. Ramai yang tidak kenal apakah itu Company Xiaomi. Mari saya ceritakan sedikit serba serbi mengenai syarikat Xiaomi. Mengenai Xiaomi Secara ringkasnya, Xiaomi adalah sebuah syarikat daripada China yang menjual barangan elektronik terutamanya smartphone. Apa yang menarik mengenai Xiaomi ialah Xiaomi dapat menjual smartphone yang mempunyai spesifikasi tinggi dengan harga yang sangat rendah. Kerana itu orang berebut-rebut untuk beli handphone Xiaomi ni. Banyak dah smartphone yang dikeluarkan oleh Xiaomi antaranya yang paling digilai ramai adalah Mi3. Xiaomi menyatakan mereka sudah jual hampir 10 juta smartphone untuk model flagship sebelum ini iaitu model Mi2 dalam masa sebelas bulan. Orang akan tanya, adakah kualitinya bag...