Avengers 2 : Age of Ultron Review by Faiz Ibrahim

Avengers 2 : Age of Ultron Review by Faiz Ibrahim 1. Untuk filem Avengers kali kedua ini, saya rasa sedikit hampa dan tidak puas. Apabila saya cakap saya hampa dengan Avengers 2 di Twitter, ramai tak percaya. Tapi ini adalah pandangan saya selaku peminat filem adiwira. 2. Filem ini berkisah mengenai Tony Stark yang cipta Ultron untuk jadikan bumi lebih aman dan selamat. Tapi Ultron punya penyelesaian adalah hancurkan dunia sebab dia rasa manusia tak boleh berubah dan perlu dilenyapkan. 3. Filem ini agak serius dan tidak banyak scene kelakar. Saya ketawa beberapa kali sahaja di panggung dan yang lain turut sama begitu. Itupun ketawa kecil. Mungkin cerita ini dia fokuskan pada aksi. 4. Dari segi jalan cerita, ianya memang sangat “menghampakan”. Kita boleh agak dan ianya seperti pengulangan filem Avengers yang pertama. Bumi diserang teruk-teruk oleh seangkatan askar. Kalau dulu alien, now robot Ultron. Jalan cerita terlampau mudah dan ringan. Ini Avengers kot, ...