Tuesday, January 31, 2012

Burung Biru Baru Aku ....


assalamualaikum sahabat sekalian.

kawan-kawan yang aku hormati sekalian.
aku ada khabar lama tapi aku baru teringat.
ianya mengenai tempat aku meluahkan perasaan.
tempat ini dipanggil twitter.
seperti yang kalian tidak tahu.
aku sudah membuang dan membakar twitter aku yang lama.
ada beberapa sebab aku buang twitter itu.
mungkin kerana disitu banyak ketidakmatangan aku terluah.
mungkin juga disitu aku banyak meroyan sana ini.
atau mungkin juga disebabkan ada detik-detik sedih,
yang langsung tidak mahu aku ingat dan imbas kembali.

ada satu pembaharuan dalam twitter baru ini.
aku tidak lagi bersifat terbuka seperti dahulu.
kini kalian harus ikut baru tahu perkembangan aku.
bukan apa,
ramai pengintip-pengintip profesional di sekeliling aku. #sarcasm
agak mengerikan dan membahayakan.
sebab itu aku tidak lagi terbuka seperti dahulu.
tapi di twitter baru ini jugalah,
aku menjadi diri aku.
segala berita tentang aku,
disitulah akan aku khabarkan terlebih dahulu.


jadi, jika kalian berminat terhadap kisah hidup aku,
berminat terhadap perjalanan hidup aku.
kalian boleh hantar pesanan ikut kepada aku.
insyallah, akan aku terima kalian semua.
dan mungkin juga aku akan mengikut kalian kembali.
aku bukan berlagak.
cuma dalam hidup ini aku tidak boleh terlampau terbuka.
takut aku dipijak dan dibaham kelak.

ini twitter baru aku.
boleh ikut dengan rela hati.
jangan segan dan malu-malu.
meh dekat abang faiz ibrahim meh. #hihi

www.twitter.com/mrfaizibrahim

0 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...