Tuesday, January 3, 2012

Belajarlah apa yang kita mahu, dasar tiga budak idiot ..



   assalamualaikum para pembaca sekalian.

 hari ini aku ingin sekali ceritakan sebuah pengajaran daripada satu movie yang aku baru tonton. pernahkah korang semua mendengar sebuah tajuk cerita yang bertajuk 3 Idiots ? bagi yang tidak tahu korang boleh lihat sinopsisnya di 3 Idiots. secara jujurnya pada mula-mula aku seakan-akan perlekehkan cerita ini disebabkan ia seakan-akan tidak menetapi citarasa aku. tetapi, selepas aku menonton movie 3 Idiots ini aku sekan-akan macam agak tergamam sebentar kerana jalan ceritanya bukan seperti beberapa cerita-cerita sampah yang pernah aku tonton sebelum ini. sebab itulah IMDb memberikan 8.3 bintang pada movie hindustan ini. movie Real Steel favourite aku tuh pun hanya score 7.5 bintang. ciss bedebah kalah nihh. hihi. banyak sebenarnya pengajaran yang aku/kita boleh dapat dalam movie ini. sila baca dan aku cuba rungkaikan pengajaran yang ada.
 
aku tahu ada diantara ibu bapa yang mahukan anak-anaknya mempunyai kerjaya yang besar seperti doktor, jurutera dan macam-macam lagi. tapi itu adalah apa yang mereka mahukan dan bukan apa yang kita mahu sebenarnya. sebagai contoh kita meminati dunia photography tapi ibu bapa kita paksa kita menjadi seorang jurutera. ianya seperti cuba menukarkan seekor ular kepada seekor buaya. aku tahu kita memang mahukan ibu bapa kita gembira dan hidup senang semua tetapi kita juga harus fikir apa yang kita mahu dalam hidup ini. sebab ibu bapa berfikiran, ada kerjaya besar hidup akan bahagia dan gembira. itu salah. aku ulangi, itu SALAH.

jadi sebab itulah sejak dari kecil lagi mereka mengatakan kepada anak-anak mereka supaya apabila bekerja nanti haruslah kerja seperti seorang doktor dan jurutera supaya dia akan hidup senang dan akan gembira. seperti dalam cerita itu, kerjaya doktor dan jurutera bukanlah sesuatu kerjaya yang mudah. jika seorang budak memang mempunyai kemahiran dalam bertukang, kenapa kita harus paksa dia untuk menjadi seorang tukang masak ? ianya dua benda yang sangat berbeza. aku tahu ramai orang disini selalunya tolak cita-citanya demi harapan ibu bapa. aku tahu ibu bapa memang ada mulut masin semua tuh tapi tidak salah kita perjuangkan apa yang kita mahukan. aku tahu mereka mahu melihat kita gembira dan jika kerjaya sebagai seorang tukang ambil gambar boleh buat kita gembira, apa salahnya mereka merestui apa yang kita mahukan.


kita tidak dilabel sebagai seorang manusia yang berjaya dalam hidup jika kita mempunyai sebuah kerjaya yang kononnya menjadi pujaan ramai itu. kita dilabel sebagai seorang manusia yang berjaya jika kita mampu realisasikan apa yang kita impikan dalam dunia ini dan gembira lakukan apa yang kita gemar lakukan. jadi jika ada para pembaca yang berstatus ibu bapa ataupun bakal menjadi ibu bapa pada suatu hari nanti, silalah buka minda kita semua. tanyalah generasi anak-anak kita ini dengan soalan "apa yang kamu mahu jadi apabila kamu sudah besar" dan bukannya "kamu harus jadi ____ atau ____ apabila kamu sudah besar". setiap manusia jika dipaksa melakukan sesuatu tanpa kerelaan hatinya, hasilnya tidak seindah apa yang kita gambarkan. semua manusia tidak suka apabila ditunjuk itu ini untuk melakukan segala perkara. itu memang sangat-sangat tidak dapat dinafikan. anda juga tidak suka menjadi seakan-akan robot bukan.

by the way, ramai budak-budak sekarang terutamanya perempuan gemar katakan "Best Friend Forever (BFF)" sedangkan kawan kita tidak sebegitu sebenarnya. mencari kawan memang suatu yang mudah. kita pergi ke kedai mamak dan berbual-bual dengan orang disitu sudah cukup menjadikan dia sebagai seorang kawan. tapi untuk mencari seorang kawan yang sejati memanglah tersangat susah. pada aku kawan sejati adalah kawan yang sentiasa ada tidak kira semasa kita susah atau senang. kawan sejati akan perbetulkan kita walau seribu langkah kita sudah tersilap. itu kawan sejati. kalau setakat teman hangout sekali terus labelkan dia sebagai kawan sejati itu memang totally WRONG. wrong people wrong. korang boleh tonton atau download cerita 3 Idiots ini dan cuba lihat persahabatan diantara mereka semua. memang seriusly sangat cool. aku sebenarnya teringin kawan yang sebegitu. memang terasa agak jeles apabila melihat mereka gelak dan suka ria bersama. ciss ciss ciss. okelah itu sahaja untuk post kali ini. peace yoo. :D

secara kesuluruhannya, filem ini
memang terbaik. must watch filem. :D

4 comment:

cik zafirah said...

cite nie memang best3..
kalau dpt download mmg nak download..
=)

faiz ibrahim said...

cik zafirah : download lah ? banyak dekat internet neh source untuk download. :D

♥ HanaHyun ♥ said...

citer ni mmg best...sblm ditanagkan di tv ktorg mmg kena tgk dah sbb lecturer suruh tengok dan kena buat laporan psal citer ni sbg tugasan ktorg :-)

Gracie A. Usun said...

3 idiots is awesome!! bnyk kali tgk pon x borink. Sebabnye, mmg ada smthng dlm crita tu yg kita boleh aplikasikan dlm khdpn kita... especially, don't look down to others. Hehehe.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...