assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

aku jawab satu persatu soalan yang telah diberikan kepada aku ini. kalau dia tanye buat macam karangan macamnih serius aku takboleh nak berapa paham sangat. so kita asingkan. ini orang panggil blogging smart dan bukannya blogging hard. eh, ini moto aku time STPM ni. hihi
1. Apa sebenarnya yang ada dalam hati dan fikiran lelaki jika dia jenis yang tidak ambil kisah tentang apa pasangan dia lakukan. Bagi dia, selagi saling mempercayai semuanya akan okay.
memang susah untuk aku jawab soalan ini kerana setiap lelaki mempunyai pemikiran yang berbeza. kalau semua lelaki berfikir secara sama, tentulah agak bosan dunia ini bukan. susah sebenarnya untuk kita tafsir secara tepat apa yang ada didalam fikiran lelaki kerana lelaki banyak berfikir tentang segala aspek walaupun ianya nampak seakan remeh pada mata kaum wanita. sebenarnya ada dua maksud tersirat jika lelaki seakan-akan tidak ambil kisah tentang apa yang pasangan dia lakukan. yang pertama ialah, si lelaki memang sudah cukup percaya kepada pasangannya jadi dia memang tidak akan ada sebarang syak wasangka tentang sebarang kelakuan pasangannya itu. yang kedua pula ialah si lelaki sudah tidak ambil berat atas malas ingin mempedulikan pasangannya itu atau dia cuba menjaukan diri atau dia sudah ada perempuan lain. jadi si penanya harus mengenalpasti mana satu kategori pasangannya itu kerana orang yang rapat tentulah tahu. :)
2. Apa yang kita patut buat untuk ambil perhatian lelaki untuk tunjukkan kita ikhlas kepada dia ?
terlampau banyak sebenarnya cara untuk mengambil perhatian lelaki. tapi perkara yang paling termudah ialah cuba mendalami minat lelaki itu sendiri. jika dia suka main game di computer mahukan Play Station, korang boleh meneman si dia bermain dengan turut bermain bersamanya. atau jika dia suka pergi memancing, pergilah teman dia memancing dan anda boleh gunakan masa bersama itu untuk lebih mengenali pasangan anda. lelaki sebenarnya suka jika orang yang dia sayang menemaninya melakukan perkara yang dia suka. insyallah, cara ini sahaja sudah cukup untuk mendapatkan sepenuh perhatian daripada si dia. jika kita buat sesuatu benda itu dengan ikhlas, insyallah orang akan nampak keikhlasan kita itu. :)
ingin bertanya lagi ?
buka link dibawah dengan teliti.
http://realiti-ice.blogspot.com/2011/10/akan-aku-jawab-segala-soalan.html

0 comment:
Post a Comment