Saturday, December 24, 2011

Antara Ada Rambut dan Tiada ..


assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :)

beberapa bulan yang lepas aku telah membuat satu keputusan yang agak radikal dalam hidup aku. aku dengan beraninya telah membotakkan kepala aku walaupun semua orang tahu, aku paling sayangkan rambut aku. memang tidak dapat dinafikan lagi, aku suka bergaya dengan rambut aku. sebab itu aku takpernah potong terlalu pendek melainkan cikgu displin time sekolah-sekolah dulu sibuk ugut itu ini. aku bukan takut dengan dia, aku cuma hormat je. sebab itu aku potong pendek. cehh, bagi alasan leteww. hihi

aku banyak juga telah mengayakan rambut aku neh, dari rambut leper hinggalah rambut terpacak-pacak sana. aku cuba gayakan mengikut emosi dan kepanjangan rambut aku ketika itu. jika aku terasa hyper dan funky, aku akan buat rambut terpacak-pacak. kalau aku macam tiada mood atau sedih, aku akan keluar tanpa memakai apa-apa wax atau minyak rambut. oke enough talk, sila tengok gamba dibawah ini yea. :D

bile tengok gamba-gamba barisan atas tuh, teringat zaman kegemilangan myspace. hewhewhew

jadi kenapa aku berani botak ? sebenarnya ada beberapa faktor/sebab kenapa aku botak. sila baca antara faktor-faktor aku botak dibawah yea semua. mungkin faktor-faktor ini akan dapat membukan pintu hati korang untuk botak. maksud aku lelaki eh. kalau perempuan botak tak nice lah woihh. nanti jadi Fugly pulak. ekeke.

Faktor-Faktor Kenapa Faiz Ibrahim Botakkan Rambutnya :

1. aku terpengaruh dengan Hero dalam cerita Prison Break sebenarnya. kenal tak Michael Scofield ? kalau tak kenal korang semua boleh google eh. bila aku tengok lakonan dia dalam cerita Prison Break tuh, aku memang terasa macam agak cool actually bile lelaki botak. nampak agak brother-brother. ecehh. puihh.

2. orang selalu cakap bila botak, kepala kita terasa seakan-akan bebas dan rasa sangat lapang fikiran. ternyata ianya sangat betul kerana bila auntie tuh tengah potong rambut aku, aku terasa lapang dada dan yang menariknya aku terasa sangat tenang. ianya seakan-akan masalah aku semua macam hilang. #magis

3. Senang Begerak. itulah yang aku ingin cakap. bila botak neh nak keluar memang sangat mudah. lepas mandi takperlu nak lap-lap rambut lama sangat. air pun terus kena kepala dan seriusly memang kepala rasa sejuk. heaven gile rasa woihh. kalau selalunya lepas mandi aku akan spend around 10 minit just untuk setting rambut aku, sekarang lepas mandi terus pakai baju dan tadaaaaa. terus siap. hebat kan. #awesome

4. ianya sangat Jimbet Jimat. aku dah hampir 1 bulan lebih takpotong rambut dan memang sangat save gilohh. dahulu aku selalu dalam setiap seminggu or 2 minggu, aku akan ke salon untuk Trim sikit rambut aku nihh dan memang kena spend dalam around RM15 untuk sekali Trim sahaja. jadi lepas botak neh, memang boleh jimat sangatlahh. duit RM15 tuh boleh kita derma masjid. eceh³. :P

5. ini yang aku paling favourite. dulu bila aku sibuk keluar, aku akan cepat-cepat cari cermin atau pergi ke tandas untuk betulkan rambut aku. well, bila rambut dah panjang memang mudah untuk jadi selekeh akibat kena tiup angin dan getaran kan. kini ? no no no. *cara datin guna jari

6. wax dan gel memang seriusly tidak berguna apabila sesorang itu sudah tiada rambut. aku sebenarnya memang tidak berapa nak suka sangat gune natang neh sebab ianya rosakkan rambut aku dan cepat rambut aku gugur. dahlah mahal pulok tuhh. aiyoyoyo

jadi inilah imej semasa aku sedang dibotakkan. sori muke buwokk. *eww mode

auntie mula main mesin macam potong rumput tuhh. time neh muke
aku cool je sebab terasa macam Michael Scofield. fuyohh. :D

 
aku mula terasa muka aku nampak bulat dan aku baru terasa aku sudah botak. 
perasaan aku mula tidak keruan dan aku rasa terus monyokkan muke. #monyok

 
aku mula fedup dengan gaya rambut aku. aku cuba bangun dari kerusi tuh. muke
auntie yang dihitamkan tuh serius nampak macam penjahatlah pulok. ekeke.

 
tiba-tiba tangan makcik mula merayap ke seluruh badan aku. *perhatikan tangan auntie
aku jadi tenang kembali sambil cakap auntie neh pandai amek hati customer yea *sambil tunjuk dekat otak hihi

 
selepas ditenangkan oleh auntie tadi, aku mula gembira dan dapat menerima rambut
baru aku itu. muke aku memang nampak gembira kan dalam gambar nehh. hihi.

 
muke aku serius sebab kena bayar pakai duit sendiri even though aku ngam² ade RM10.
serius sebak gile time neh sebab terpaksa keluarkan duit sendiri. ekekeke.

 
rambut aku tadelah banyak sangat. yang nampak banyak sebab aku suruh auntie tuh
cukurkan sekali segala bulu yang aku ada. memang feel good. hihihi.

 kadang-kadang aku rasa selesa pulak berimej begini daripada berambut-rambut panjang neh sebab pada aku, semakin panjang rambut semakin leceh penjagaannya. jadi aku rasa lepas neh aku mungkin akan kekalkan imej botak sebegini ataupun berambut pendek sahaja. orang tua-tua selalu cakap, semakin pendek rambut, semakin kita nampak kemas. now aku baru tahu kenapa sekolah-sekolah menegaskan para pelajarnya untuk berambut pendek. hihi. tapi aku still taksuke spotcheck rambut di sekolah. serius memang horror gile. oke semoga berjumpa di post yang seterusnya. peace yoo. :D

 
bila rambut dah panjang sikit baru nampak nice sikit kann. #perasan

4 comment:

Cik Bulat said...

Sian rambut itu,
bagai faiz lupakan rambut. eh? HAHAHA

faiz ibrahim said...

haha. sedap jugak peribahasa tuh yea. ekeke.

Amie. said...

heuheu. botak itu menawan.

Faridzuan said...

Hehehe, setuju dengan rambut botak. Simple dan seksi. Senang keluar ke mana-mana. Tak payah nak ambil masa lama nak berdandan segala semata-mata nak menggayakan rambut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...