assalamualaikum wahai pembaca sekalian.
soalan keenam aku dapat sebelum ini.
baru berkesempatan untuk menjawab.
maaf kepada si penanya.
kerana aku agak sibuk dengan drama dunia.

assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca-pembaca yang sedang membuka Blog Realiti Faiz Ibrahim ini. alhamdulillah, semakin hari traffic ke blog aku semakin tinggi dan aku ingin berterima kasih kepada korang-korang semua yang tak pernah jemu buka baca blog aku yang tidak sehebat mana ini. terharu kejap. sob sob sob. hari ini aku dapat soalan lagi daripada seorang yang aku tidak tahu identitinya. dia ingin bertanya tentang bagaimana kita nak tahu jika pasangan kita curang dan tindakan apa yang paling wajar untuk kita lakukan selepas dicurangi. dalam kamus ade ke dicurangi ? hihi. oke sila baca dengan tekun yea pandangan kerdil aku dibawah ini. ^o^
1. Bagaimana ingin tahu pasangan kita curang dengan kita ?
antara tanda-tanda awal yang boleh kita lihat ialah :
- gelagat dan kelakuannya tidak sama seperti dulu.
- mungkin dia akan lebih gelabah dan muka gelisah apabila kita ingin melihat telefon bimbitnya.
- message didalam handphone kebiasaanya dibuang kesemuanya sekali
- muka kelihatan agak kalut dan takut-takut apabila keluar bersama dengannya
- muka kelihatan seperti merahsiakan sesuatu
- dia ingin kurangkan message atas alasan sibuk dengan kerja/assigment/keluarga
- mudah marah apabila kita bertanya mengenai aktivitnya
- selalu mencari salah kita dan membuatkan seolah-olah kita yang sentiasa bersalah
- selalu keluar dengan rakan yang sama berulang kali
- mata seolah-olah cuba memandang ke arah lain walaupun dulu dia tidak begitu
- selalu mencari salah kita dan membuatkan seolah-olah kita yang sentiasa bersalah
- selalu keluar dengan rakan yang sama berulang kali
- mata seolah-olah cuba memandang ke arah lain walaupun dulu dia tidak begitu
ini antara tanda-tanda kecil yang kita boleh nampak. secara jujurnya bukan mudah untuk mengetahui pasangan kita curang atau tidak kerana apabila sudah pasang dua mestilah dia pandai menutup segala kesan dan bukti. jadi cara yang paling mudah dan ternyata berkesan ialah dengan memohon kepada Allah supaya tunjukkan kepada kita sekiranya pasangan kita itu curang dengan kita. Allah maha mengasihani dan insyallah Allah akan tunjukkan kita secara face to face kecurangan pasangan kita itu. insyallah, jika kita percaya kepada kuasa Allah semuanya tidak mustahil kerana Allah maha kuasa dan maha mengetahui. :)


2. Tindakan yang perlu kita lakukan sekiranya dia curang ?
ohh sungguh mudah sekali soalan yang kedua ini. jika mengikut cara dan pendapat aku, kita harus tinggalkan sahaja orang yang pernah curang dengan kita. aku tahu bukan mudah untuk melupakan seseorang terutamanya orang yang sudah lama bersama dengan kita. hari-hari message dan banyak kenangan manis dengan dia sudah cukup buat hati ini terasa sangat berat untuk tinggalkan dia. tetapi kita harus buat juga kerana jika dia betul-betul sayang dan cintakan kita, dia tidak akan pernah tergamak dan berani untuk curang dengan kita at the first place. aku tahu tindakan kita seakan-akan nampak kejam tapi tindakan dia tidak kejam ? mungkin dia akan menutup segala kesalahan dengan alasan tidak sengaja, otak ketika itu kusut, bukan salah dia tapi salah orang yang mengorat dan macam-macam lagi. tapi curang tetap curang. get it ? kesakitan dan pedihnya hati itu bukan boleh hilang begitu sahaja. ^o^
alasan kukuh aku yang kuat seterusnya ialah jika dia tergamak curang dengan anda sekali tidak mustahil dia akan curang dengan anda buat kali kedua, tiga, empat dan sepuluh. kita harus bersyukur kerana dia curang dengan kita sekarang dan bukannya apabila kita sudah berkahwin dan beranak pinak. lagi leceh jika sudah sampai ke tahap itu. jadi kuatkan hati anda dan carilah orang yang tidak akan tergamak dan sanggup buat hati anda terluka. ingat, di dunia ini lebih banyak lagi orang yang baik untuk anda. gagal sekali dalam perhubungan sudah cukup menjadikan anda seorang insan yang akan lebih bersedia dalam selok belok hubungan. insyallah. kita percaya dan ingat sahaja janji Allah,
" lelaki yang baik hanyalah untuk wanita yang baik "
ingin bertanya lagi ?
buka link dibawah dengan teliti.
http://realiti-ice.blogspot.com/2011/10/akan-aku-jawab-segala-soalan.html
ingin bertanya lagi ?
buka link dibawah dengan teliti.
http://realiti-ice.blogspot.com/2011/10/akan-aku-jawab-segala-soalan.html

0 comment:
Post a Comment