Saturday, November 19, 2011

Blog You Must Read : #1 Diari Of A Muslim by Hamidi


assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

hari ini aku ingin bercerita,
tentang blog yang gemar aku baca.
bagi yang tidak tahu dan naif,
aku amat cerewet dari segi pembacaan blog.
kerana pada minda dan hati aku,
ramai orang boleh menulis,
tapi tak ramai orang yang tahu menulis.
dapatkah anda selami apa yang aku cuba kata ?

jadi disini aku ingin keluarkan suatu blog.
dari bahan bacaan aku.
yang menjadi kewajiban untuk aku membacanya.
setiap suatu post baru menjelma,
akulah antara pengunjung yang akan berpusu baca.
mungkin nampak biasa bagi yang buta.
tapi bagi yang berilmu mungkin ini suatu peluang.
untuk sedar dari masalah dan drama dunia,
yang pada aku tidak pernah henti,
dan mungkin hanya semakin menghanyutkan.
sila click link dibawah untuk membacanya.



orang mungkin tanya aku,
kenapa aku berpusu ke blog ini.
aku tanpa berfikir panjang terus mengucapkan,
blog ini bukan blog biasa.
penulis di sini menulis dengan penuh kesedaran.
dia menulis apa yang dia belajar.
bukan hanya dari sudut dunia,
tetapi juga dari sudut akhirat.
dia belajar mengaji di pondok megahnya.
jadi dia tahu apa yang dia cakap.
bukan seperti realiti manusia sekarang.
cakap pakai otak dan bukan guna akal.
jadi ideologi sampah mula merata.

Hamidi merupakan mentor di universiti aku.
aku selalu bertanya dan berdebat dengan dia.
di saat rakan semua pasif dan hanya angguk paham.
tapi aku tidak,
selagi aku ada sebarang ketidakpastian,
selagi aku ada suara,
suara aku akan aku lontarkan kepada dia.
dan dia tidak pernah henti menjawab.
malah dia tersenyum melayan keranah aku.
jadi aku rasa dia manusia yang boleh disoal itu ini.
tapi semua manusia ada kesilapan,
semua manusia tidak sempurna.
yang sempurna hanyalah sang pencipta.
jadi apa yang dibaca kita perlulah fikir dahulu.
bukan main percaya membuta tuli.
itu yang aku katakan idelogi sampah merata.

peace yooo. ^o^

0 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...